00:00Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi OECD menyarankan Malaysia memperkenal semula cukai, barang dan perkhidmatan GST
00:09selain menghapuskan subsidi bahan api secara berperingkat.
00:13Menurutnya lagi, langkah itu bagi mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan ketika Malaysia semakin menghampiri status negara berpendapatan tinggi.
00:21OECD dalam laporan Kaji Selidik Ekonomi Malaysia 2026 memaklumkan SST mempunyai batasan apabila strukturnya dikenakan pada satu peringkat sahaja
00:34menyebabkan gangguan dalam rantaian pengeluaran. Ia turut menyebabkan banyak pengecualian sehingga mewujudkan jurang ketara dalam kutipan.
00:43Akibatnya SST kurang berkesan berbanding cukai nilai tambah berasaskan liputan luas seperti GST
00:50yang bergantung kepada asas hasil lebih kukuh.
00:53Ini sekaligus dapat mengagihkan beban cukai dengan lebih seimbang, merentasi ekonomi
00:58disamping mengurangkan gangguan dalam sektor produktif dan lebih menyokong pertumbuhan ekonomi.
Comments