Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
ACCA menyifatkan asas ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dengan inflasi terkawal dan pertumbuhan 5.8%, meskipun kos global terus meningkat.
Transcript
00:00Asas ekonomi Malaysia kekal kukuh walaupun perniagaan berdepan peningkatan kos, susulan ketegangan geopolitik global yang berterusan menurut Persatuan Ekaunten Bertauliah
00:11Berkanun ACCA.
00:13Berdasarkan satu kaji selidik, keadaan ekonomi global bagi suku kedua 2026 yang dijalankan ACCA bersama Institut Pengurusan Ekaunten IME,
00:23Malaysia dilihat berjaya mengharungi ketidaktentuan global dengan lebih baik berbanding jangkaan.
00:30Menurut ACCA, peningkatan kos logistik, bahan api dan bahan mentah masih memberi tekanan kepada sektor perniagaan, khususnya industri yang bergantung
00:39kepada import serta perusahaan kecil dan sederhana PKS.
00:43Bagaimanapun, kekuatan asas ekonomi negara terus menyokong pertumbuhan bila kadar inflasi kekal sederhana pada 1.9% pada Jun 2006,
00:52manakala ekonomi berkembang 58% pada suku kedua tahun ini.
00:57Prestasi tersebut disokong oleh permintaan domestik yang kukuh serta peningkatan aktiviti dalam sektor pembuatan, perlombongan dan perkhidmatan.
01:05ACCA turut memaklumkan kerajaan terus memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan ketekanan luaran melalui penyaluran subsidi, bantuan dan insentif berjumlah
01:14RM54.7 bilion sepanjang tahun ini.
01:17ACCA turut berpandangan Malaysia kekal berada dalam kedudukan yang baik untuk menghadapi ketidaktentuan global dengan disokong asas ekonomi yang kukuh
01:25serta langkah dasar yang bersasar.
01:27Walaupun keyakinan perniagaan global semakin meningkat, ACCA menjelaskan petunjuk seperti pesanan baharu, perbelanjaan modal dan pengambilan pekerja, menunjukkan pertumbuhan global
01:37masih berdepan risiko kelembapan.
Comments

Recommended