Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Pertubuhan Peniaga-Peniaga India Negeri Perak menawarkan untuk merobohkan Flat Sungai Pari di Buntong secara percuma bagi menangani isu keselamatan yang semakin membimbangkan. Tawaran itu dibuat susulan pelbagai aduan berkaitan aktiviti jenayah, penyalahgunaan dadah dan insiden tragis yang berlaku di bangunan terbiar berkenaan, yang pernah menjadi mercu tanda ikonik bandar Ipoh.
Transcript
00:00Pertubuhan peniaga-peniaga India Negeri Perak menawarkan untuk melaksanakan kerja-kerja merobohkan bangunan kosong flat Sungai Pari di Buntung
00:09sebagai langkah segera menangani risiko keselamatan di kawasan berkenaan.
00:14Presidennya K. Hari Krishnan berkata, tawaran secara percuma tersebut merangkumi kerja-kerja daripada merobohkan bangunan
00:22sehingga meratakan tapak demi memastikan kawasan itu kembali selamat untuk kegunaan komuniti setempat.
00:30Krishnan memaklumkan bahawa pertubuhan itu mendapati pelbagai aktiviti tidak sihat berlaku di bangunan terbiar tersebut
00:36termasuk penyalahgunaan dada serta pencerobohan individu tidak bertanggungjawab.
00:42Keadaan itu sekaligus menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan penduduk setempat
00:46serta murid-murid sekolah yang berada berhampiran kawasan tersebut.
00:50Selain itu, flat Sungai Pari yang lebih dikenali sebagai Sungai Pari Tower atau tingkat 15 suatu ketika dahulu
00:57merupakan bangunan tertinggi dan mercu tanda ikonik Bandar Ipoh
01:00menerusi reka bentuk bumbungnya yang unik berbentuk mangkuk.
01:04Bagaimanapun, projek perumahan awam yang dibina pada tahun 1963 itu telah dikosongkan secara berperingkat
01:11sejak 2012 berikutan kebimbangan terhadap tahap keselamatan struktur bangunan berkenaan.
01:17Isu keselamatan di kawasan tersebut kembali menjadi perhatian umum sesulang penemuan mayat
01:23dua pelajar perempuan berusia 14 tahun di sebuah bangunan perumahan kosong berhampiran buntung pada Jumaat lalu.
01:30Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.50 petang itu telah menjetuskan gesaan pelbagai pihak
01:36agar tindakan segera diambil bagi menangani risiko keselamatan di bangunan terbiar berkenaan.
01:41Dalam pada itu, Krishna memberitahu cadangan merobohkan kawasan berkenaan telah dirujuk kepada
01:47Exko Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak sebelum dipanjangkan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak
01:53untuk pertimbangan lanjut.
01:55Bagaimanapun, pertubuhan berkenaan tidak menerima sebarang maklum balas rasmi berhubung cadangan tersebut.
02:01Susulan itu, pertubuhan yang mempunyai kira-kira 100 ahli termasuk kontraktor
02:05telah mengemukakan rayuan susulan kepada Menteri Besar Perak pada tahun 2024
02:10bagi menggesa bangunan berkenaan dirobohkan sepenuhnya.
02:14Menurut beliau, dalam rayuan tersebut, pertubuhan itu sekali lagi menawarkan
02:18untuk melaksanakan keseluruhan kerja perobohan secara percuma.
02:21Beliau berkata langkah itu berpotensi menjimatkan kos sehingga RM1.5 juta
02:26berbanding penggunaan kontrak terluar.
02:29Walaupun kos semasa dijangka meningkat kira-kira 20% susulan kenaikan harga bahan binaan dan diesel,
02:35pertubuhan itu tetap bersedia untuk berbincang serta berunding dengan kerajaan negeri
02:39berhubung pelaksanaan cadangan berkenaan.

Recommended