00:00Polis sahkan ke semua pelarian Rohingya yang berkemah di luar pejabat Pesuruh Jaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian
00:08UNHCR di Kuala Lumpur.
00:11Memiliki dokumen sah.
00:13Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Fadil Marsus berkata,
00:16Polis memindahkan 113 pelarian itu ke ibu pejabat polis kontingen IPK Kuala Lumpur
00:22dengan kerjasama wakil pejabat UNHCR pada Ismail pukul 8.50 malam.
00:30Jumlah itu termasuk masing-masing seorang lelaki warga Irak, wanita warga Somalia dan wanita Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian
00:38Rohingya.
00:39Fadil berkata, tindakan dokumentasi ke atas pelarian dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur,
00:48Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kuala Lumpur, JKA,
00:55serta wakil bersama pejabat UNHCR.
00:59Pertubuhan bukan kerajaan NGO turut hadir menjalankan saringan kesihatan bagi memastikan keadaan kesihatan pelarian berada dalam keadaan baik.
01:08Kira-kira pukul 4 petang, kesemua mereka dibawa ke satu lokasi yang ditetapkan NGO.
01:14Media sebelum ini melaporkan, kumpulan itu berkemah di hadapan pejabat UNHCR malam Isinin.
01:19Selepas mereka didakwa diusir penduduk tempatan dari penempatan mereka di Pulau Pinang,
01:26difahamkan kumpulan itu menyewa tiga bas menuju ke Kuala Lumpur.
Comments