Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Seorang lelaki berusia 28 tahun disahkan positif dadah selepas dipercayai menyebabkan kemalangan maut yang mengorbankan dua remaja perempuan di Jalan Padang Tembak, Teluk Intan. Polis kini menjalankan siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
Transcript
00:00Bertemu kembali, suspek lelaki yang memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kemalangan maut dan mengorbankan dua remaja perempuan di Teluk Intan
00:08pada ahad disahkan positif dadah.
00:11Ketua Polis Daerah Hile Perak, Asisten Komisional Chua Kok Lian dalam pernyataan memaklumkan hasil saringan mendapati lelaki tempatan berusia 28
00:19tahun itu positif dadah jenis benzodiazepine yang lebih dikenali sebagai dadah penenang.
00:28Tambahnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 6.35 petang apabila kereta yang dipandu suspek hilang kawalan ketika
00:35cuba memotong kenderaan di hadapannya.
00:38Kenderaan tersebut kemudiannya melanggar sebuah motosikal, sebuah lagi kereta di hadapan serta seorang kanak-kanak lelaki yang berada di tepi
00:44jalan.
00:46Impak pelanggaran tersebut telah menyebabkan dua remaja perempuan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
00:51Manakala, pemandu sebuah lagi kereta dan kanak-kanak lelaki kini menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.
00:58Sebuangan itu, polis memaklumkan kes disiasat mikro Seksyen 4.4 kurungan 1 kurungan A dan Seksyen 4.4 kurungan 1
01:05A kurungan A Akta Pengangkutan Jalan 1987
01:07manakala siasatan berkaitan dadah dijalankan di bawah Seksyen 1.2 kurungan 2 Akta Dadah Berbahaya 1952.
01:15Pada ahad, media melaporkan dua remaja perempuan maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan
01:21membabitkan dua buah kereta di Jalan Padang Tembak pada petang ahad.
01:26Mangsa terkorban dikenalpasti sebagai Nur Dania Arissa, 17 tahun, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia
01:33dan Nur Atika Abdullah, 16 tahun, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa.
Comments

Recommended