Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kecerdasan buatan (AI), tarif Trump dan ketegangan di Asia Barat terus mencorakkan sentimen pasaran global. Walaupun ekonomi Malaysia disokong pertumbuhan eksport yang kukuh, pelabur masih berdepan pelbagai risiko luaran. Pengarah, Strategi Pelaburan dan Ekonomi, IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan mengupas bagaimana tarif baharu Amerika Syarikat, gelombang pelaburan AI dan ketidaktentuan geopolitik bakal mempengaruhi strategi pelaburan dalam tempoh terdekat.
Transcript
00:00AI, tarif Trump dan krisis Asia Barat menjadi tiga tema utama yang mencorokkan pasaran minggu lalu.
00:06Pasaran kewangan global ditutup lebih lemah apabila indeks S&P 500 susut 0.61%,
00:12manakala FBM KLCI merosot 1.76%, mencerminkan sentima pelabur yang semakin berhati-hati.
00:20Namun, di sebalik ketidaktentuan itu, asas ekonomi Malaysia masih kekal kukuh.
00:24ekspor negara melonjak 44.7% pada Jun di pacu sektor elektrik dan elektronik
00:30yang terus mendapat manfaat daripada gelombang pelaburan AI di peringkat global.
00:35Pada masa sama, pasaran terus dibayangi tarif baru Presiden Donald Trump,
00:38konflik di Asia Barat dan kenaikan harga minyak mentah yang menghampiri $100 setong.
00:44Bersoalannya, ke mana arah pelaburan selepas ini dan adakah risiko global akan terus menekan pasaran
00:50atau pembetulan ini sebenarnya membuka peluang kepada pelabur?
00:53Bersedia untuk mengupasnya ialah Mohd Siddiq Jantan, pengarah strategi pelaburan dan ekonomi IPPFAs dan Berhad.
00:59Terima kasih, Siddiq.
01:00Pertama sekali, melihat kepada pasaran sahab global dan bursa Malaysia mencatatkan penurunan minggu lalu
01:05walaupun keputusan kewangan syarikat teknologi masih kukuh.
01:09Jadi, apa sebenarnya yang sedang berlaku?
01:10Okey, baik Bina. Saya melihat apa yang berlaku pada minggu lalu adalah satu perubahan fokus pasaran
01:20daripada pasaran mencari peluang pertumbuhan kepada pengurusan risiko.
01:24Sebab jika kita tengok untuk prestasi syarikat quarterly earnings untuk syarikat teknologi seperti Alphabet dan juga Intel,
01:33asas kepada tema pelaburan AI sebenarnya masih sangat kukuh sebab kedua-dua syarikat ini menunjukkan
01:40earnings melepasi estimate among of the analysts.
01:44So, ini yang menunjukkan kalau kita cakap keadaan prestasi kewangan yang baik dan juga pada masanya sama
01:53kedua-dua syarikat ini akan meningkatkan perbelanjaan modal untuk membina pusat data dan juga infrastruktur AI.
02:00So, keadaan yang dilihatkan di dalam corporate earnings Alphabet dan juga Intel,
02:06ia menunjukkan bahawa AI sebenarnya, tema pelaburan AI kita boleh katakan masih sangat kukuh.
02:13Namun, ini pada masa yang sama juga menunjukkan permintaan terhadap AI masih disokong oleh penggunaan sebenar
02:21bukannya yang kita boleh katakan sebagai spekulasi.
02:25So, tema AI masih kukuh namun pasaran saham kalau kita tengok dia lebih kepada forward looking.
02:33So, pelaburan mula memberi tumpuan kepada tiga risiko utama sebab kalau kita tengok untuk minggu lalu,
02:42ketegangan geopolitik di Timur Tengah yang seterusnya menyebabkan harga minyak meningkat dengan ketara.
02:48Itu keadaan risiko yang pertama dan risiko kedua, tarif buruh paksa yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump
02:56yang meningkatkan ketidaktentuan perdagangan global.
02:59Dan yang ketiga adalah kebimbangan bahawa inflasi mungkin meningkat semula sekiranya harga tenaga terus tinggi.
03:06Sekaligus menyebabkan kebanyakan bank-bank pusat utama mengangkatkan kadar faedah yang lebih tinggi
03:12untuk jangka masa yang lebih lama. So, apa yang saya boleh simpulkan bahawa saya melihat penurunan pasaran minggu lalu
03:18lebih kepada proses pelarasan risiko iaitu atau yang kita panggil risk repricing
03:23dan bukannya petanda bahawa ekonomi global sedang memasuki kemelisitan.
03:28Pengenaan tarif buruh paksa ini adalah antara tiga kebimbangan utama di peringkat geopolitik
03:35dan Amerika Syarikat telah kenakan sebanyak 10% ke atas Malaysia.
03:38Lebih rendah berbanding 12.5% ke atas kebanyakan negara lain dirantau ini.
03:43Adakah ini sebenarnya dilihat satu kelebihan kepada Malaysia? Bagaimana?
03:47Okey, kalau saya boleh katakan tarif buruh paksa yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ini
03:55ianya memberi sedikit kelebihan daya saing yang relatif walaupun perbezaan tarif itu
04:03hanya sebanyak 2.5% saja. Sebab kalau kita tengok bagi industri seperti elektrik dan elektronik
04:09semikonduktor dan juga pembuatan berteknologi tinggi yang beroperasi dalam margin keuntungan
04:15yang sangat kecil, perbezaan kos ini boleh mempengaruhi keputusan pembeli di Amerika Syarikat.
04:23So dalam keadaan tertentu, mereka mungkin mengalihkan sebahagian yang saya boleh katakan
04:30tempahan kepada pembelikan Malaysia kerana kos keseluruhan menjadi lebih kompetitif.
04:36Namun, kita tidak boleh melihat tarif sebagai penentu utama daya saing.
04:41Sebab daya saing sesebuah negara bergantung kepada produktiviti, kecikapan logistik,
04:46kestabilan dasar, kemahiran terdanda kerja dan juga keboleh percayaan rantaian bekalan.
04:51Malah kalau kita comparekan dengan negara-negara di Asia, infek Singapura yang mempunyai
04:56perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat serta standard burung yang lebih tinggi
05:03berbanding dengan Malaysia masih dikenakan tarif sebanyak 12.5%.
05:07So ini yang menunjukkan bahawa dasar perdagangan Amerika Syarikat hari ini
05:11dia semakin dipengaruhi oleh pertimbangan strategi seperti keselamatan ekonomi
05:15dan juga daya tahan rantaian bekalan bukan semata-mata isu burung.
05:19So oleh itu kalau kita boleh lihat ataupun boleh kita compare tarif 10%,
05:25dia memang memberi sedikit kelebihan untuk menarik perdagangan dan juga pelaburan
05:28tetapi kelebihan itu hanya dapat dikekalkan jika kita terus meningkatkan produktiviti
05:34dan nilai tambah ekonomi.
05:36Dan ini adalah mengenai tarif yang paling penting ia bukan adalah penentu kepada produktiviti
05:41banyak lagi aspek yang perlu kita teliti dalam usaha untuk meningkatkan lagi daya saing Malaysia.
05:45Namun di sebalik ketidaktentuan ini berbalik kepada tema yang iaitu AI yang masih menjadi
05:52tumpuan utama dalam kalangan pelabur.
05:55Jadi mengapa ia penting dan mengapa Sidik melihat ini adalah antara perkara yang masih difokuskan?
06:02Okey sebab kalau kita boleh lihat untuk tema AI, dia bukan sekadar tema teknologi
06:09sebab dia telah menjadi sebuah kitaran pelaburan global yang baru.
06:13Sebab sebelum ini pertumbuhan ekonomi dia banyak didorong oleh digitalisasi
06:18tapi hari ini kalau kita tengok kita telah memasuki fasa baru di mana syarikat-syarikat berteknologi besar
06:24dia melabur ratusan bilion dolar untuk membina pusat data AI dan meningkatkan kapasiti
06:29perkomputeran dan menghasilkan chip generasi baru.
06:33So apa yang menarik, perbelanjaan ini dia bukan saja memberi manfaat kepada syarikat di Amerika Syarikat
06:38tapi ia turut mewujudkan permintaan yang besar terhadap subsektor teknologi
06:44iaitu semiconductor komponen elektrik, sistem penyucupkan, kabel, bekalan kuasa elektrik
06:50dan juga komponen industri yang dihasilkan di kebanyakan negara di Asia termasuk di Malaysia.
06:55Walaupun kalau kita tengok untuk minggu lepas data perdagangan itu pada bulan Jun
07:01dia merupakan lagging indicator iaitu data yang lambat
07:05ia mengesahkan kalau kita lihat kedudukan jumlah pelaburan, jumlah perdagangan
07:11bahawa Malaysia telah memasuki kalau saya boleh katakan separuh tahun ini
07:17dengan momentum ekspor yang masih kukuh khususnya kalau kita tengok dalam sektor EIP
07:21sebab selagi sektor syarikat teknologi global ini terus meningkatkan pelaburan dalam AI
07:26saya melihat Malaysia akan terus mendapat manfaat ataupun sebelah melalui ekspor
07:30direct investment dan juga pembangunan ekosistem semiconductor
07:34Ini adalah antara menjadi tumpuan kenapa AI masih menjadi fokus utama dan selain daripada
07:41ketegangan geopolitik menyebabkan harga minyak meningkat iaitu tarif buruh paksa
07:48yang dijangka yang dikenakan oleh Trump yang semakin meningkat termasuk juga dengan
07:53kebimbangan terhadap inflasi. Selain daripada perkara ataupun kita boleh cakap risiko ini
07:58apa lagi antara risiko terbesar yang perlu diberi perhatian oleh pelabur dalam tempoh
08:01beberapa bulan yang akan datang. Okey saya melihat risiko dalam masa 2 hingga 3 bulan
08:10yang akan datang. So dalam 2 hingga 3 bulan yang akan datang iaitu dalam kuarta ketiga
08:17terdapat 3 risiko utama sebab yang pertama kalau saya lihat masih kita masih
08:23diberlegu dengan keadaan geopolitik di Timur Tengah. So keadaan geopolitik di Timur Tengah
08:29dia masih macam up and down dan juga tidak mendapat sebarang keputusan yang konsisten.
08:35So ini akan meningkatkan kalau kita boleh kaitkan tekanan inflasi di seluruh dunia
08:41khususnya di Asia. So yang kedua adalah dasar perdagangan AS yang kita lihat bahawa
08:49kebanyakan negara akan melakukan review on their labor force. In fact kalau kita tengok
08:58untuk Malaysia juga kita diberi masa sebanyak 2 tahun untuk rectify our labor force act
09:05dan kita lihat Washington dia bukan hanya menggunakan dasar berpaksa tetapi ianya menggunakan
09:14dasar ini untuk meneliti isu lebihan kapasiti subsidi industri dan juga integriti
09:21rantaian bekalan. So ini yang menunjukkan kalau saya boleh katakan bukan sebab tarif berpaksa
09:27tetapi ketidaktentuan polisi di Washington yang akan menjadi risiko untuk suku ketiga
09:34tahun ini. Yang ketiga kalau saya boleh katakan adalah dasar monetary global sebab kalau kita
09:39tengok kebanyakan negara maju mereka masih mengekalkan kadar faedah yang tinggi
09:46dan sekiranya inflasi ini menekan sektor-sektor pembuatan di negara-negara maju
09:53kemungkinan bahawa kebanyakan bank-bank pusat ini akan mengekalkan kadar faedah
09:58dalam jangka masa yang tinggi dan in fact kalau kita tengok untuk Federal Reserve
10:02kemungkinan untuk Federal Reserve untuk mengekalkan kadar faedah pada 3.75 untuk
10:08tahun ini dan ada kemungkinan untuk meningkatkan kadar faedah pada tahun akan datang
10:14pada tahun 2027.
10:17Dan dalam keadaan pasaran yang tidak menentu apa antara strategi terbaik untuk pelabur?
10:23Okey kalau kita tengok dalam strategi pelaburan kita banyak memfokuskan kepada
10:30strategi untuk jangka masa panjang dan juga kita melihat adakah trend jangka masa
10:36pandai ini akan mempengaruhi trend jangka masa panjang.
10:39So pasaran kalau kita tengok dia sentiasa mengalami turun naik apabila berdepan
10:43ketidakketuan geopolitik dan juga perubahan dasar perdagangan.
10:46Namun tidak semua turun naik itu akan mengubah asas ekonomi sebab kalau kita tengok
10:51untuk tahun lepas sekitar suku kedua apabila tarif diumumkan oleh Amerika Syarikat
10:59pasaran modal di Malaysia menunjukkan peningkatan.
11:03So saya boleh lihat, saya boleh simpulkan bahawa tema pelaburan AI sebagai pemancu
11:11utama pertumbuhan manakala Malaysia pula berada dalam kedudukan yang baik kerana
11:16mempunyai ekosistem semikodak yang matang dan terus menerima pelaburan dalam sektor teknologi.
11:22Selain itu kalau kita tengok, pelabur tidak seharusnya membuat keputusan berdasarkan
11:30emosi ataupun tajuk di akubat-akubat-akubat sebab kalau kita tengok on the headline
11:36ia akan memberi kebanyakannya panic di kalangan pelabur.
11:40So dalam pelaburan turun naik pasaran itu adalah satu perkara yang biasa
11:44tapi yang lebih penting adalah sama ada asas ekonomi itu berubah ataupun tidak.
11:47So setakat ini saya lihat berlaku lebih kepada pelarasan sentimen
11:53manakala pemancu pertumbuhan jaga masa-masa yang masih kekal kukuh.
11:57Jelas sekali pasaran ketika ini bergerak di antara peluang dan risiko.
12:01AI terus menjadi pemancu pertumbuhan jaga panjang.
12:04Namun tarif geopolitik dan dasar moneteri akan terus menguji sentimen pelabur.
12:08Dan saya nak ucapkan terima kasih kepada Mohd Siddiq Jantan kerana bantu kami faham.
12:11Dalam persekitaran seperti ini kejayaan pelaburan bukan lagi bergantung kepada reaksi terhadap tajuk berita
12:16tetapi keupayaan membezakan turun naik jangka pendek daripada trend ekonomi yang sebenar.
12:21Sudah tentu setiap perkembangan terkini menaiki pasaran kami akan terus bawakan di salur 2501 dan di astroone.com
12:27dan di sebuah platform digital Astro One ini.
12:29Terus bersama kami niagaoni akan berterlihat seketika dan kembali selepas ini.

Recommended