Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Fahmi Fadzil menggesa semua parti bertanding pada PRN Negeri Sembilan mengelak politik perkauman dan memberi tumpuan kepada isu kos sara hidup, pekerjaan serta perumahan.
Transcript
00:00Semua parti yang bertanding pada pilihan raya negeri PRN Negeri Sembilan digesa tidak menjadikan sentimen perkawaman sebagai modal politik untuk
00:07meraih sokongan pengundi.
00:09Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan Datuk Seri Fahmi Fadil berkata, pendekatan sedemikian mungkin memberi keuntungan politik dalam jangka pendek, namun berisiko
00:18menghakis perpaduan serta keharmonian yang menjadi asas kekuatan Malaysia dan Negeri Sembilan.
00:26Yang bagi saya lebih penting ialah kita jangan menggunakan isu-isu seperti ini untuk meraih undi kerana seperti Dr. Hatta
00:40sebutkan tadi, boleh raya undi tapi terbakar rumah.
00:44Jadi itu bukan satu keadaan yang baik hanya untuk memegang kuasa, sanggup membakar sentimen perkawaman dan merosakkan perpaduan.
00:57Dia berkata, menjelang bulan kebangsaan pada Ogos depan, semua pemimpin politik dan calon pilihan raya perlu memainkan peranan menyemai semangat
01:06perpaduan serta memperkukuh keharmonian antara kaum.
01:10Menurutnya, rakyat lebih memerlukan penyelesaian terhadap isu kos sehara hidup, peluang pekerjaan dan pemilikan rumah berbanding polemik yang membangkitkan sentimen
01:20perkawaman.
01:23Politik perkawaman tidak menurunkan harga barang. Fitnah tidak membina rumah mampu milik. Hasutan tidak membawa masuk pelaburan-pelaburan yang baru.
01:34Pakatan Harapan menyeru supaya semua parti politik menghormati undang-undang pilihan raya dan memastikan kempen yang berbaki mungkin kurang enam
01:48hari lagi berlangsung secara matang, berhemah dan berasaskan fakta.
01:55Beliau berkata demikian semasa sidang media di Seremban Negeri Sembilan pada Ahad.
Comments

Recommended