00:00Baik, sebanyak 14 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya telah dibuka dalam tempoh kempen PRN Negeri Sembilan ke-16 setakat
00:08semalam.
00:09Ketua Polis Negeri Sembilan, Dato' Azafni Ahmad berkata, daripada jumlah itu, 3 kertas siasatan dibuka pada Sabtu,
00:15membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 435 Kanun Kesiksaan, iaitu melakukan hianat dengan api hingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda.
00:25Beliau berkata, dua lagi kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Kesiksaan, iaitu melakukan hianat hingga menyebabkan kehilangan atau
00:33kerugian harta benda.
00:35Menurut beliau, kertas siasatan yang dibuka pada Sabtu membabitkan dua laporan polis di Gemas Tampin berkenaan insiden bendera parti dibakar
00:43serta gegantung dirosakkan.
00:45Manakala satu laporan di Titi Jelebu melibatkan kejadian papan iklan dikoyak dan dirosakkan.
00:50Dalam satu kenyataan, beliau berkata secara kumulatif dari 18 hingga 25 Julai, Polis Diraja Malaysia PDRM Negeri Sembilan menerima 28
00:58laporan berkaitan kesalahan pilihan raya.
01:01Selain itu, beliau berkata sebanyak 94 daripada 95 permohonan permit bagi penganjuran ceramah serta aktiviti kempen diterima dan diluluskan pada
01:10Sabtu,
01:10menjadikan jumlah keseluruhan diluluskan kepada 416 permit.
01:14Al-Zafni berkata polis akan terus mempertingkatkan tahap kesiapsagaan, pemantauan dan penguatkuasaan sepanjang tempoh berkempen dengan sebarang pelanggaran undang-undang
01:23akan diambil tindakan tegas.
01:26Pengundian awal PRM Negeri Sembilan ditetapkan pada selasa ini, manakala hari mengundi pada 1 Ogos.
01:34Terima kasih kerana menonton!
Comments