00:00Seorang maut dan 15 lagi cedera selepas sebuah kenderaan dipercayai merempuh orang ramai berhampiran sambutan Pride di Berlin, Jerman.
00:08Menurut polis, kejadian berlaku di kawasan Taman Tiergarten berhampiran gerbang Brandenburg, lokasi menjadi tumpuan peratusan ribu peserta yang menghadiri perayaan
00:16tahunan Pride terbesar di Eropah itu.
00:19Dalam kaitan di RPFMX, polis maklumkan pasukan kecemasan digerakkan ke lokasi selepas menerima laporan, sebuah kenderaan melanggar beberapa individu.
00:27Laporan media tempatan memetik saksi yang mendakwa sebuah van berwarna putih dipandu laju sebelum menempuh orang ramai.
00:34Saksi telah mendakwa seorang lelaki keluar dari kenderaan tersebut dan melarikan diri dengan berjalan kaki sejurus selepas kejadian.
00:40Sejumlah besar anggota polis dan pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi bagi mengawal keadaan serta membantu mangsa yang cedera.
00:47Motif kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa Jerman.
00:57Terima kasih telah menonton!
Comments