Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Presiden AS Donald Trump mengancam mengenakan tarif balas terhadap Kesatuan Eropah selepas Google didenda 890 juta euro kerana melanggar Akta Pasaran Digital EU. Washington turut merancang melancarkan siasatan perdagangan di bawah Seksyen 301.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif balas terhadap kesatuan Eropah-EU
00:05susulan denda lebih 1 bilion dolar Amerika yang dikenakan ke atas Google.
00:09Menurut si platform True Social, Trump menuduh EU mengambil kesempatan terhadap syarikat dan pembayar cukai Amerika
00:15melalui tindakan penguatkuasaan yang disipatkannya sebagai tidak adil.
00:20Beliau mendakwa EU sedang merompak syarikat-syarikat Amerika melalui denda dan tindakan kawal selia yang dikenakan.
00:26Trump turut mengumumkan bahawa Washington akan segera melancarkan sesetan terhadap EU
00:31di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974, mekanisme yang sering digunakan Amerika Syarikat
00:37untuk menyiasat amalan perdagangan yang dianggap menjejaskan kepentingan negara itu.
00:42Ancaman tersebut dibuat sehari selepas Suruhanjaya Eropah mengenakan denda sebanyak 1.02 bilion dolar Amerika terhadap Google.
00:49Menurut Suruhanjaya Eropah, Google didapati melanggar Akta Pasaran Digital, Digital Markets Act, DMA
00:55dengan memberi kelebihan kepada perkhidmatan biliknya sendiri dalam keputusan carian
01:00serta menghalang pembangunan aplikasi daripada menawarkan pilihan langganan
01:04atau pembelian yang lebih murah di luar platform Google Play Store.
01:08DMA diperkenalkan EU bagi memastikan persaingannya lebih adil dalam sektor digital
01:12dan mengurangkan dominasi syarikat teknologi besar terhadap pasaran.
01:16Pasaran semasa kini memantau sama ada ancaman tarif itu akan diteruskan
01:20atau diselesaikan menerusi rundingan pelagangan antara kedua-dua pihak.
Comments

Recommended