Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Empat kontraktor dikenakan tindakan kompaun selepas didapati melakukan pelbagai pelanggaran syarat kerja dalam Operasi Korekan Jalan Awam yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di beberapa lokasi sekitar ibu negara.
Transcript
00:00Kecuaian mematuhi syarat kerja menyebabkan empat kontraktor dikenakan tindakan kompaun dalam operasi korekan jalan awam yang dijalankan Dewan Bandar Raya
00:09Kuala Lumpur di BKL sekitar Ibu Negara.
00:12Operasi penguatkuasaan dilaksanakan bermula jam 10 malam, berakhir 3 pagi bersabtu dan tumpuan diberikan kepada kawasan Jalan Said Putra, Jalan
00:21Tun Sambatan dan Jalan Taman Setiwangsa.
00:26Menurut hantaran di BKL di laman Facebook, pemeriksaan dilakukan bagi memastikan kerja pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur dilaksanakan mengikut syarat serta
00:35kelulusan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
00:38Antara kerja yang dipantau termasuk pemasangan pipe, penurapan jalan, pembaikan longkang serta kerja utiliti melibatkan bekalan air elektrik dan talian
00:46telekomunikasi.
00:47Hasil pemeriksaan di lima tapak mendapati, empat kontraktor gagal membatuhi prosedur operasi standar SOP menyebabkan 12 notis kompaun dikeluarkan.
00:57Kesalahan yang dikesan termasuk kegagalan menyediakan lampu amaran berkelip, tidak menempatkan pengawal lalu lintas selain menyebabkan kerosakan pada laluan perjalan
01:05kaki.
01:06Turut dikesan ialah tindakan menutup jalan tanpa kebenaran, menggunakan jentera berat berantai di atas jalan awam, serta mengangkut bahan pidaan
01:14menggunakan lori tanpa permit yang sah sehingga mengotorkan laluan awam.
Comments

Recommended