Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Iran mengecam serangan yang didakwa dilakukan Ukraine terhadap sebuah kapal dagang Iran di Laut Caspian sehingga mengorbankan seorang kelasi. Tehran menyifatkan tindakan itu sebagai pelanggaran antarabangsa dan menggesa PBB mengambil perhatian terhadap insiden tersebut.
Transcript
00:00Baik, kita beralih ke perkembangan antarabangsa di mana Iran mengecam apa yang didakwanya sebagai serangan Ukraine terhadap sebuah kapal dagang
00:07Iran di Laut Caspian yang mengorbankan seorang kelasi dan mencederakan seorang lagi.
00:12Dalam kataan rasmi, Kementerian Luar Iran menyifatkan kejadian itu sebagai tindakan pencerbohan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.
00:20Tehran turut menegaskan bahawa ia akan mempertahankan kepentingan nasional serta keselamatan negaranya susulan kejadian berkenaan.
00:27Menurut kenyataan yang disiarkan menerusi saluran rasmi telegram Kementerian itu, pihak berkuasa Iran mendakwa serangan tersebut membuktikan pendekatan bermusuhan berterusan
00:37kerajaan Ukraine terhadap Republik Islam Iran.
00:39Iran turut menegaskan bahawa negara itu tidak pernah terlibat secara langsung dalam konflik antara Rusia dan Ukraine.
00:45Bagaimanapun, Tehran mendakwa tindakan Ukraine menyerang kapal dagangnya bukan sahaja merupakan pelanggaran antarabangsa, malah berisiko memperluaskan konflik dan ketidakstabilan ke
00:54kawasan lain.
00:55Kementerian luar Iran turut menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, negara-negara Eropah serta masyarakat antarabangsa mengambil pendirian
01:04tegas terhadap insiden tersebut.
01:06Kecaman Iran itu hadir selepas Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky sebelum ini memaklumkan bahawa tentera Ukraine telah menyerang sebuah kapal perang
01:12Rusia
01:13serta beberapa kapal yang didakwa digunakan untuk mengangkut kargo ketenteraan berkaitan Iran di Laut Kaspian.
01:19Setakat ini, pihak Ukraine belum mengeluarkan kenyataan lanjut sebagai maklum balas terhadap dakwaan terbaru yang dikemukakan Tehran.
01:25Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended