00:00Lebih 20,000 penduduk dipindahkan dan perkhidmatan kereta api digantung di selatan China, susulan taufan nol yang dijangka membawa hujan
00:07lebat serta angin kencang.
00:09Pusat meteorologi kebangsaan China meramalkan taufan itu akan melanda kawasan pesisir pantai dari Hong Kong hingga wilayah Guangdong pada pagi
00:17ahad.
00:19Pihak berkuasa mengekalkan amaran taufan jingga iaitu tahap kedua tertinggi selepas memberi amaran beberapa kawasan di Guangdong dan wilayah berjiran
00:28Fujian akan mengalami angin kencang serta hujan lebat.
00:32Penyiar negara CCTV melaporkan lebih 20,000 penduduk di Guangdong dipindahkan pada lewat Sabtu.
00:40Semua bot nelayan yang beroperasi di perairan wilayah itu turut diarahkan kembali ke pelabuhan sebagai langkah berlindung daripada taufan.
00:47CCTV turut melaporkan Guangdong menggantung sebahagian perkhidmatan kereta api bermula Sabtu manakala semua perkhidmatan kereta api di wilayah itu akan
00:57dihentikan sepenuhnya pada hari Ahad.
01:00Semua sekolah di bandar Chaozho, Guangdong turut diarahkan menggantung aktiviti pembelajaran secara bersemuka.
01:06Cuaca ekstrim melanda selatan dan tengah China pada bulat ini dengan 39 orang maut selepas taufan Maisak mencetuskan banjir besar
01:14di Guangxi.
01:15Maisak turut membawa ribut petir dan angin kencang yang mengorbankan 11 nyawa serta mencederakan 331 orang di wilayah tengah Hubei.
01:25Saintis memberi amaran kekerapan dan intensiti kejadian cuaca ekstrim global akan bertambah apabila suhu bumi terus meningkat akibat pelepasan bahan
01:33api fosil.
01:34China merupakan negara pengeluar gas rumah hijau terbesar dunia namun pada masa sama menjadi kuasa utama dalam sektor tenaga boleh
01:42diperbaharui global.
01:44Negara itu menyasarkan untuk menjadikan ekonomi besar-besarannya neutral carbon menjelan tahun 2060.
01:50dan sebuah PCB.
01:53Terima kasih kerana menonton!
Comments