Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari aras tinggi Bangunan KOMTAR di George Town. Mangsa ditemukan di bumbung podium bangunan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Transcript
00:00Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari aras tinggi bangunan Komta di Jogetang, Pulau Pinang pada
00:08jemaat.
00:09Mangsa yang dipercayai pelajar sebuah institusi pengajian berhampiran ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan bumbung podium bangunan tersebut.
00:20Siasatan awal pihak berkuasa mendapati mangsa berkemungkinan berada di kawasan Skywalk Komta sebelum kejadian berlaku berdasarkan penemuan tiket masuk berbentuk
00:28gelang tangan yang masih dipakainya.
00:31Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 4.17 petang.
00:38Seramai tujuh anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat BBP Lebuh Pantai dikejarakan ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.
00:44Pasukan Penyelamat berdepan kesukaran untuk mengeluarkan mangsa berikutan keadaan permukaan bumbung yang licin selepas hujan.
00:52Lima anggota kemudiannya ditugaskan ke kawasan bumbung podium sebelum mangsa dibawa turun menggunakan sistem tali dan pengusung.
00:59Mangsa berjaya dibawa turun pada jam 5.55 petang namun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesehatan
01:06Malaysia KKM.
01:08Mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia PDRM untuk tindakan lanjut dan berdah siasat.
01:12Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Comments

Recommended