Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Iran melaporkan jumlah kematian akibat serangan Amerika Syarikat meningkat kepada 55 orang, manakala 629 lagi cedera sejak 27 Jun lalu.

Konflik yang semakin memuncak antara Washington dan Tehran turut menjejaskan keselamatan laluan perdagangan di Selat Hormuz serta bekalan tenaga global.
Transcript
00:00Jumlah angka kematian akibat serangan AS di Iran kini meningkat kepada 55 orang.
00:06Menurut Kementerian Kesihatan Iran, seramai 629 orang cedera dalam serangan yang berlaku sejak 27 Jun lalu.
00:16Daripada jumlah itu, 36 mangsa masih menerima rawatan di hospital, manakala selebihnya telah dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan.
00:25Ketegangan kembali memuncak apabila Presiden AS Donald Trump mengumumkan genjatan senjata yang digariskan dalam Memorandum Persefahaman AS tidak lagi berkuatkuasa.
00:36Pengumuman tersebut menyebabkan kedua-dua negara saling melancarkan serangan dengan AS menyasarkan beberapa lokasi di Iran.
00:44Tehran pula mendakwa telah menyerang kemudahan dan esek-esek ketenteraan AS di beberapa negara serantau.
00:50Konflik itu turut menjejaskan laluan perkapalan di Selat Hormuz dan menimbulkan kebimbangan terhadap bekalan tenaga global.
Comments

Recommended