Skip to playerSkip to main content
Persefahaman BN dan PN terus diperkukuh menerusi Ceramah Umum Perdana PN & BN Parlimen Jempol malam ini dengan kehadiran Menteri Besar Kedah merangkap Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dijadualkan, antara tumpuan.

Wartawan, Farhan Hakimi di lokasi ada perinciannya.

#PRNNegeriSembilan #NegeriSembilanMemilih
Transcript
00:00Kerjasama yang dibentuk Barisan Nasional BN dan Perikatan Nasional BN pada Pihara Raya Negeri, Pihara Raya Negeri 9 kali ini
00:06terus dizahirkan menerusi penganjuran ceramah umum perdana BN dan PN Parlimen Jempul malam ini yang menghimpunkan pemimpin kedua-dua gabungan.
00:17Kehadiran Menteri Besar Kedah merangkap Ketua Pengarah Pihara Raya PAS, Datuk S. Muhammad Sanusi Mak Nur yang dijadual pada ceramah
00:23itu antara yang menjadi tumpuan.
00:25Farhan Hakimi di lokasi ada perinciannya dan kita nak dapatkan laporan lanjut dari sana dah mula kebelum apa tumpuannya dan
00:33bagaimana bahang kempen di Negeri 9.
00:42Baik terima kasih San di Bukit Jalil. Saya kini berada di Bandar Baru Serting untuk memantau rapat perkembangan penganjuran ceramah
00:49umum perdana PNBN Parlimen Jempul.
00:51Dan kalau saya boleh kongsikan gambaran suasananya pada ketika ini, orang ramai mula berpusu-pusu masuk ke pekarangan kawasan ceramah
00:59ini dan juga ada beberapa aktiviti jualan makanan dan minuman yang berada di pekarangan ini.
01:04Tetapi itulah, itu bukan fokus utama pada malam ini. Fokus utamanya seperti yang Isan nyatakan tadi adalah kehadiran beberapa barisan
01:11penceramah yang juga merupakan pemimpin utama.
01:15Kedua-dua gabungan, PN dan juga BN, antaranya Mencuba Sakedah, berangkap pengarah pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mat
01:22Nur dan juga dari Barisan Nasional, Datuk Syamsul Kaha Muhammad Deli, beliau merupakan ahli Parlimen Jempul.
01:27Dan tentunya apa yang kita boleh jangkakan fokusnya malam ini melihat kepada siri-siri ceramah yang dianjurkan oleh PN dan
01:35DN beberapa hari yang lalu adalah untuk menjelaskan kenapa persefahaman yang dibentuk antara kedua-dua gabungan ini dilaksanakan pada pilihan
01:47Raya Negeri, PRN Negeri Sembilan kali ini.
01:50Dan kalau kita lihat kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin daripada kedua-dua gabungan, ia adalah untuk memastikan tiada pertindahan
01:58kerusi berlaku di kesemua 36 kerusi don dan juga memastikan tiada perpecahan undi dalam kalangan orang Melayu.
02:06Tetapi tentunya penerimaan di peringkat akar undi itu mungkin sedikit mencabar kerana kalau kita lihat ada yang mungkin sedikit keliru
02:17tentang persefahaman yang dibentuk.
02:19Tetapi ada juga yang mungkin boleh meyakini gabungan yang dibentuk antara PN dan juga BN.
02:26Dan semalam saya berkesempatan ke Simpang Durian. Simpang Durian ini untuk informasi anda berada di bawah Duncenah dan saya bertemu
02:35dengan masyarakat Cina di sana dan saya bertanyakan mengenai persefahaman yang dibentuk antara PN dan juga BN.
02:41Dan kata salah seorang penduduk yang saya temui itu, mereka sedikit gusar tentang persefahaman yang dibentuk.
02:49Dan awal hari ini saya sempat juga bertemu dengan calon Barisan Nasional BN bagi Dun Bahau, Chong Fui Ming ataupun
03:00yang dikenali sebagai Ah Chong.
03:01Dan saya bertanyakan mengenai perkara ini dan beliau tidak menafikan dan ini apa yang diperkatakan beliau.
03:10Memang tak nafikan sebab ada pihak sebelah itu, dia main sentimen pasal agama ini.
03:16Dia kata sebab ada PAS.
03:19Mertanya PAS itu dia cuba menakut-nakutkan undi-undi Cina.
03:23Tapi padahal di Negeri Sembilan ini, PAS kalau tak siap saya dia ada tanjeng lima kerusi saja.
03:30Lima kerusi itu dia memang dia tak dapat.
03:32Walaupun kalau bagi dia menang semua, dia takkan perintah juga.
03:35Kita kena kerjasama dengan mana-mana pihak.
03:38Itu sebab pada saya, di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat yang harmoni.
03:43You boleh nampak MCA jarang balun pasal isu agama ini.
03:47Kita nak satu masyarakat yang harmoni.
03:51Walaupun kita punya pendirian politik ini, pendirian politik tak sama.
03:56Tapi kita tidak patut gunakan isu-isu agama ini sebagai satu senjata untuk serang.
04:07Baik, itu apa yang diperkatakan Ah Chong, calon BN bagi Dun Bahau.
04:12Tentunya ini penting untuk kita perhatikan rapat-rapat kerana formula yang digunakan di Negeri Sembilan ini,
04:18jika berhasil, mungkin ia akan digunakan dalam siri pilihan raya negeri yang lain dan tentunya dalam masa terdekat Melaka.
04:25dan ini apa yang dikatakan oleh kebanyakan pemimpin daripada kedua-dua gabungan.
04:29Sama-sama kita nantikan, adakah ia berhasil atau tidak.
04:32Itu saja laporan saya untuk jam ini. Kita kembali ke Esan Yahya di Bukit Jalil.
Comments

Recommended