Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Seorang lelaki berusia 57 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang ketika mencuci bot di sungai berhampiran kediamannya di Kampung Batu Putih, Kinabatangan. Mangsa, Rusli Mardin, ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian dengan kesan gigitan pada beberapa bahagian badan, manakala operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada pagi Sabtu selepas pihak bomba mengesahkan keadaan di lokasi selamat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dipercayai di Baham Buaya selepas dilaporkan hilang ketika mencuci bot miliknya di sungai sekitar rumahnya
00:08di kampung Batu Putih Kinabatangan.
00:10Ketua Balai Bomber dan Penyelamat Kinabatangan Suriyadi Darwis berkata Rusli Mardin, 57 tahun, ditemukan kira-kira 500 meter di hilir
00:19sungai dari lokasi beliau dilaporkan hilang dalam kejadian berkenaan pada jam 4.45 pagi.
00:25Mangsa ditemukan oleh penduduk kampung sebelum dilaporkan kepada pasukan bomba.
00:31Pemeriksaan awam mendapati keadaan anggota badan masih didapati lengkap namun terdapat kesan digitan pada bahagian perut dan leher sebelah kanan.
00:41Susuran itu mangsa dibawa dari tebing sungai ke kediamannya sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.
00:48Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang Jumaat, Rusli dilaporkan diserang seekor buaya ketika mencuci bot di sungai berkenaan
00:56dengan insiden itu turut disaksikan anak mangsa.
01:00Jelas Suriyadi, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 8 pagi Sabtu selepas pasukan bomba mengesahkan keadaan di lokasi adalah
01:08selamat dan tiada lagi ancaman.
01:11Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended