00:00Puluhan penunjuk perasaan di Kiev mengadakan demonstrasi buat hari kedua berturut-turut bagi mendesak penyingkiran Panglima Angkatan Tentera Ukraine oleh
00:09Ksyar Syirki.
00:11Ia menyusul keputusan Presiden Volodymyr Zelensky menyingkirkan Menteri Pertahanan Mikhailo Fedorov yang mencetuskan kemarahan rakyat.
00:19Demonstrasi turut menuntut pendekatan peperangan yang lebih modern dilaksanakan.
00:24Beberapa tuntutan lain termasuk meminta pandangan serta suara anggota tentera yang sedang bertempur di medan perang diberi perhatian.
00:32Bantahan berlangsung di luar pejabat Zelensky dengan peserta melahunkan slogan mendesak Syirki disingkirkan dan Fedorov dikembalikan ke jawatannya.
00:40Menurut sebahagian besar rakyat Ukraine, kemenangan dalam konflik hanya dapat dicapai menerusi kemajuan teknologi dan pembaruan sistem ketenteraan yang meninggalkan
00:49amalan lapuk era Kesatuan Soviet.
00:51Kumpulan penunjuk perasaan juga mendakwa bahawa usaha itu sukar direalisasikan di bawah kepimpinan Syirki.
00:58Bagaimanapun, Zelensky tidak memberikan sebarang penjelasan terperinci berhubung rombakan tersebut.
01:03Tegas kumpulan penunjuk perasaan berkenaan, campur tangan perlu dilakukan berikutan hubungan yang semakin keruh antara Syirki dan Fedorov sehingga kedua
01:11-duanya tidak lagi mampu bekerjasama dalam satu meja perbincangan.
Comments