Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Penganalisis berpendapat kerjasama BN dan PAS berpotensi menjadi faktor penting menjelang PRU akan datang, dengan kesannya bukan sahaja kepada negeri tetapi turut mempengaruhi landskap politik nasional.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerjasama antara barisan nasional BN dan PAS disifatkan sebagai satu perubahan besar dalam landscape politik negara yang boleh memberi kesan
00:08menjelang pilihan rakyat umum PRU akan datang.
00:11Dekan Akademi Pengajian Melayu Universiti Melayu, Datuk Prof. Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata, kerjasama awal antara kedua-dua parti
00:20itu perlu dilihat dari sudut impak jangka panjang khususnya dalam menentukan hala tujuh politik negara.
00:29Menurutnya, walaupun sebelum ini bentuk kerjasama politik antara parti berbeza, sejarah menunjukkan bahawa dinamika politik sentiasa berubah mengikut kepentingan semasa.
00:38Saya lihat apa yang berlaku pada hari ini, satu bentuk game changer kepada barisan nasional dan juga PAS khususnya untuk
00:50melihat sejauh mana kerjasama awal ini akan memberi impak kepada jangka panjang khususnya menjelang PRU akan datang.
00:59Kita tahu pada sebelum ini bentuk kerjasama tersebut berbeza.
01:05Tapi kita kena ingat, saya lihat juga dalam media sosial ada rintihan-rintihan politik.
01:11Tapi kita kena sedar, dalam politik tidak ada musuh dan teman yang kekal.
01:19Yang kekal adalah kepentingan. Ini berlaku banyak kali dalam episod politik.
01:26Kerjasama bersatu dengan PAS, kerjasama PAS dengan DAP, kerjasama keadilan dengan PAS, sekarang pula kerjasama PAS dengan UMNO.
01:37Tapi ini satu bentuk game changer saya lihat di antara barisan nasional dan juga PAS.
01:45Apa keputusan yang berlaku akan datang, dia punya eviden dia berasaskan hasil pada penamaan hari ini, yang diputuskan penamaan, kekuatan
02:01kempen dan juga serta keputusan.
02:02Jadi ini memberikan kesan besar kepada, sebenarnya ia bukan hanya lihat kesan kepada landscape Negeri Sembilan, tapi juga landscape nasional.
02:12Bayangan, orang kata, peratayangan untuk akan datang. Jadi ini sesuatu yang perlu kita lihat.
02:21Menurutnya, keputusan dan kesan kerjasama BN PAS hanya dapat dinilai berdasarkan perkembangan serta keputusan politik yang berlaku selepas ini.
02:29Beliau menambah perkembangan kerjasama itu perlu diberi perhatian kerana ia berpotensi membentuk corak persaingan politik menjelang PRU akan datang.
Comments

Recommended