Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Seramai 78 etnik Rohingya diluluskan status pelarian di bawah Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) selepas melalui proses penentuan status, tapisan keselamatan dan pendaftaran biometrik oleh Kementerian Dalam Negeri.
Transcript
00:00Seramai 78 warga asing etnik Rohingya diluluskan status pelarian di bawah program dokumen pendaftaran pelarian DPP.
00:08Kementerian Dalam Negeri KDN memaklumkan proses itu dilaksanakan selepas tapisan keselamatan dan penentuan status terhadap tahanan warga negara Myanmar.
00:19Jelas KDN, 78 etnik Rohingya itu merupakan sebahagian daripada 128 tahanan warga Myanmar yang dipindahkan ke pusat pengasingan khas pelarian
00:30dan pemohon suaka di Pidor, Perak.
00:33Program DPP yang bermula pada 1 Januari lalu bertujuan menguruskan pendaftaran maklumat biometrik, tapisan keselamatan serta proses pengesahan status bagi
00:43migran yang memohon pelindungan sementara.
00:45Bagi fasa pertama, seramai 4,010 tahanan di depot tahanan imigresin seluruh semenanjung Malaysia telah didatakan.
00:53Ia merangkumi 4,008 warga Myanmar, seorang warga Sudan dan seorang dari Syria.
00:59Kata KDN, fasa kedua program DPP yang melibatkan pemegang kad UNHCR dan individu yang mengaku sebagai pelarian di luar depot
01:08tahanan imigresin dijadwalkan bermula pada separuh kedua tahun ini.
01:12Proses pendaftaran disasarkan selesai sepenuhnya menjelang 31 Disember 2029.
01:19Pemegang DPP yang sah boleh dipertimbangkan untuk mendapat akses kepada bantuan dan perkhidmatan sosial seperti pekerjaan, kesihatan dan pendidikan secara
01:29bersyarat serta di bawah seliaan kerajaan.
01:32Bagaimanapun pemegang DPP tetap tertakluk kepada Undang-Undang Malaysia dan boleh dikenakan tindakan sekiranya melanggar syarat yang ditetapkan.
Comments

Recommended