00:00Sekurang-kurangnya, 8 orang disiarkan maut manakala 34 lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di Chongqing,
00:07China.
00:08Menurut pihak berkuasa, tempatan insiden yang berlaku pada pagi Jumat itu melanda daerah Hanjia di Pengshui.
00:16Tambah pihak berkuasa, seramai 10 mangsa berjaya diselamatkan dengan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
00:24Bencana itu menyebabkan sebahagian penduduk terperangkap serta memusnahkan lebih 10 bangunan kediaman.
00:30Susulan insiden itu, China mengaktifkan tindak balas kecemasan geologi tahap 2 di peringkat kebangsaan.
00:36Dalam masa sama, pasukan penyelamat termasuk pakar kejuruteraan dan geologi turut dikerahkan ke lokasi bagi menyelaras operasi bantuan dan mengesan
00:46mangsa yang masih hilang.
00:47Selain itu, syarikat pembinaan milik China menghantar 110 anggota penyelamat bersama pelbagai peralatan, pengesanan dan menyelamat.
00:55Pasukan bomba Chongqing juga mengerahkan lebih 400 anggota bagi memperkukur usaha menyelamat di kawasan terjejas.
01:03Terima kasih telah menonton!
Comments