00:00Baik, kami nak bawakan perkembangan terkini, proses penamaan calon pilihan raya negeri PRN Negeri 9 ke-16.
00:07Kita akan terus saja bersama rakan setugas di Kuala Pilah ketika ini, Farhan Hakimi.
00:12Teruskan Farhan.
00:18Baik, terima kasih Nas yang berada di Bukit Jalil.
00:21Sebenarnya saya berada di Dewan Besar Kuala Kelawang, Jelebu,
00:25yang mana saya baru saja menyaksikan proses penamaan calon.
00:29baru benar-benar selesai dan kalau kita lihat proses ini melibatkan calon-calon untuk 4 kerusi don
00:39iaitu Cenah, Pertang, Sungai Lui dan Kelawang.
00:43Proses penamaan calon yang berakhir tengah hari tadi menyaksikan semua calon yang bertanding
00:47di kesemua kerusi don ini disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya SPR
00:52bernerusi Pegawai Pengurus Pilihan Raya P126 Parlimen Jelebu iaitu Abdul Rahim E. Aziz.
00:58Sekaligus membuka tirai tempoh berkempen menjelang hari pengundian nanti.
01:04Secara keseluruhan kalau saya boleh kongsikan Nas, data jumlah pengundi yang ada di sini
01:10seramai sebenarnya lebih 60,000 pengundi berdaftar bakal menentukan keputusan
01:15di kesemua empat don yang berada di bawah Parlimen Jelebu.
01:18Kalau kita tengok Sungai Lui mempunyai jumlah pengundi tertinggi iaitu melebihi 19,000 orang
01:24diikuti Cenah lebih 14,000 orang, Kelawang lebih 13,000 orang dan Pertang lebih 12,000 orang.
01:32Di Don Pertang, penyandang Barisan Nasional BN Datuk Seri Jalaluddin Alias
01:36sah mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRN 2023.
01:402023, beliau berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Pakatan Harapan PH
01:45Muhammad Umri Abdul Qais dan calon bersatu Muhammad Faizal Fadli Muhammad Idrus.
01:51Kalau kita lihat pada PRN lalunas, Jalaluddin menang dengan majoriti lebih 2,000 undi
01:59selepas memperoleh lebih 5,000 undi.
02:02Dan kini, tumpuan terarah kepada sama ada beliau mampu mengekalkan penguasaan BN
02:08di kawasan Don Pertang ini ataupun cabaran daripada PH dan Bersatu
02:13berjaya mengubah keputusan kerusi berkenaan.
02:17Dan antara satu lagi tumpuan yang menarik di sini adalah
02:22Setiusu Agong DAP, Anthony Luk Siufuk, sah mempertahankan kerusi yang disandang beliau
02:27sejak 2013 yang mana beliau akan berdepan calon BN daripada parti komponen BN, MCA
02:35John Xiao Kong Chun dalam saingan satu lawan satu selepas proses penamaan calon tadi selesai.
02:41Kalau kita lihat pada PRN yang lalu, Anthony Luk menang dengan majoriti 2,200 undi
02:46sekaligus menjadikan beliau antara penjandang yang bakal mempertahankan rekod kemenangan
02:50di kerusi tersebut.
02:53Pesaingan kali ini bakal menentukan sama ada DAP mampu mengekalkan penguasaan
02:57di Don Cenah ini atau bagi penggal keempat berturut-turut sebenarnya
03:01ataupun mungkin kita bakal menyaksikan kejutan iaitu mungkin BN berjaya merampas kerusi tersebut.
03:08Dan kalau kita lihat di Don Sungai Lui pula, penyandang BN Datuk Muhammad Razie Muhammad Ali
03:13sah mempertahankan kerusinya yang mana beliau berdepan
03:16pertandingan tiga penjuru menentang calon PH Zainal Fikri Abdul Kadeh dan calon bersatu
03:21Mazrul Hisham Abdul Mansur.
03:23Sebagai Don yang kalau kita lihat mempunyai jumlah pengundi paling ramai di bawah Parlimen Jelebu,
03:29Sungai Lui ini dijangka menjadi antara kerusi yang mencuri perhatian sepanjang tempoh kempen.
03:35Tentunya itu saya akan kongsikan dari semasa ke semasa.
03:38Kita pergi ke satu lagi Don iaitu Don Kelawang pertandingan turut menyaksikan saingan tiga penjuru
03:43membabitkan calon PH Bakri Sawir, calon BN Dani Rais dan calon bersatu Muhammad Adib Musa
03:50dengan lebih 13,000 pengundi berdaftar.
03:53Kelawang dijangka menjadi antara kerusi yang menarik perhatian apabila pertandingan tiga penjuru lazimnya
03:59membuka ruang kepada perubatan undi yang lebih sengit.
04:04Dan kalau saya boleh kongsikan keadaannya ketika ini, orang ramai sudah pun mula beransur pulang
04:10termasuklah penyokong-penyokong calon-calon yang baru sahaja melalui proses penamaan calon di sini
04:17dan barulah keadaan di sini tenang selepas ketiadaan mereka.
04:23Dan tentunya ketumpuan beralih sepenuhnya kepada tempoh berkempen selama dua minggu.
04:28Gendang sudah dipalu dan persaingan di keempat-empat dun ini pastinya
04:33antara perkara yang saya akan pantau dari semasa ke semasa kerana demografi penduduk di sini cukup menarik
04:41kerana kalau saya lihat daripada parti-parti yang bertanding untuk keempat-empat kerusi dun ini
04:48boleh saya katakan seimbanglah.
04:50Maksudnya tidak ada mana-mana gabungan yang dilihat terlalu ketara
04:57sepanjang tempoh saya berada di sini.
05:04Baik, terima kasih Farhan atas perkembangan tersebut.
05:08Anda juga boleh dapatkan perkembangan mengenai PRN Negeri Sembilan ini
05:11menerusi Buletin Awani seterusnya dan juga di laman rasmi astroawani.com
05:16terima kasih.
Comments