Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kerajaan Negeri Johor dan PBT akan menyiasat isu membabitkan Network School di Forest City. Tindakan termasuk pembatalan lesen atau permit operasi boleh diambil jika berlaku pelanggaran undang-undang atau syarat ditetapkan.
Transcript
00:00Bertemu kembali, lesen atau permit operasi syarikat berkaitan Network School di Forest City boleh dibatalkan sekiranya didapati melanggar undang-undang,
00:09syarat lesen atau peraturan ditetapkan.
00:12Pemangku Sultan Johor Tunku Makota Ismail bertitah, Kerajaan Negeri Johor dan pihak berkuasa tempatan PBT akan menjalankan siasatan terperinci berhubung
00:21isu yang timbul baru-baru ini.
00:23Baginda bertitah, sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa kementerian dalam negeri
00:33KDN.
00:34Bagaimanapun, Baginda menegaskan, Kerajaan Negeri Johor dan PBT akan memastikan semua pihak mematuhi peraturan serta syarat yang ditetapkan.
00:42Sekiranya hasil siasatan mendapati berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, syarat lesen atau peraturan tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen
00:52atau permit operasi syarikat berkenaan di Johor.
00:55Tunku Makota Ismail turut menegaskan pematuhan terhadap undang-undang perlu menjadi keutamaan bagi memastikan kepentingan negeri dan rakyat terus terpelihara.
Comments

Recommended