00:00Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak sekolah agar tidak menyorokkan kes buli semata-mata untuk menjaga image institusi.
00:09Beliau mahu tindakan segera diambil bagi melindungi mangsa dan menangani masalah tersebut dengan berkesan.
00:16Anwar menegaskan kes buli mungkin dianggap kecil oleh sesetengah pihak, namun kesannya amat besar kepada mangsa.
00:23Beliau berkata insiden seperti itu boleh berlaku di mana-mana institusi pendidikan.
00:30Menurut beliau, kejadian buli yang masih berlaku menunjukkan wujudnya kelemahan dalam membentuk sasya pelajar.
00:36Tambahnya lagi, hal ini tetap berlaku meskipun pendidikan agama kini sudah lebih meluas berbanding dahulu.
00:43Beliau berkata sistem pendidikan tidak sepatutnya melahirkan individu yang cemerlang akademik sahaja.
00:49Sebaliknya, institusi pendidikan perlu membentuk insan yang memahami nilai kemanusiaan dan menghormati orang lain.
00:56Justru Anwar menyeru warga pendidik memikul tanggungjawab melahirkan generasi berakhlak dan mempunyai sifat ihsan.
01:05Pada masa sama, beliau turut memuji prestasi cemerlang bidang perguruan negara ketika ini.
01:10Kedija Juno, FMT
Comments