00:00Bulan lalu, 12 gerai penjaja di Pulau Pinang didapati kotor,
00:05penuh dengan tikus, lipas dan kaunter yang menjijikkan.
00:09Gerai-gerai itu diarahkan tutup selama 2 minggu.
00:11Dia denda dan nama mereka diumumkan kepada awam.
00:15Tindakan tegas, isyarat jelas, kesihatan awam diutamakan.
00:19Sekarang mari kita lihat situasi yang jauh lebih besar.
00:23Hari keluarga di sebuah taman tema di Selangor,
00:25lebih 300 orang jatuh sakit selepas makan di sana.
00:30Keracunan makanan, cirit-birit, muntah, sakit perut, semuanya ada.
00:36Munjurlah semua pulih dalam beberapa hari.
00:38Tapi inilah yang pelik.
00:40Orang ramai hanya tahu tentang kejadian itu sebulan kemudian.
00:44Tiada nama, tiada pihak dia bertanggungjawabkan.
00:48Dapur taman tema itu, ya, hanya dapur diarahkan tutup untuk pembersihan.
00:53Taman temanya sendiri terus dibuka seperti biasa.
00:58Bandingkan dengan peniaga kecil, kantin sekolah ditutup, gerai penjaja didenda.
01:04Tapi bila melibatkan tempat bernilai berjuta ringgit,
01:07cuma cuci dapur diam-diam dan keluarkan kenyataan beberapa minggu kemudian.
01:13Lebih menghairankan pasukan penyiasat tak pun menguji bekalan air.
01:17Keracunan makanan boleh berpunca daripada makanan, permukaan dapur atau air.
01:23Langkah itu penting, tapi dilepaskan begitu saja.
01:27Malah, tiada laporan polis dibuat untuk menolak kemungkinan unsur sabotaj.
01:33Kenapa begitu berhati-hati?
01:35Adakah tindakan ini untuk melindungi orang ramai atau melindungi peniagaan?
01:41Kalau yang terlibat itu penjaja kecil,
01:44adakah layanan sama akan diberikan?
01:47Atau tahap penguatkuasaan kita sebenarnya tidak seimbang?
01:51Malaysia selalu berbangga bahawa kesihatan awam adalah keutamaan.
01:57Tapi bila taruhannya besar, kenapa tindakannya jadi perlahan?
02:01Tahun melawat Malaysia 2026 semakin hampir.
02:05Adakah kita benar-benar bersedia menunjukkan kepada dunia
02:09bahawa setiap dapur diperakui pihawayannya?
02:13Ketelusan bukan hukuman.
02:15Ia pelindungan untuk pengguna, pelancong dan tahap kepercayaan.
02:21Kita perlukan peraturan yang konsisten,
02:24laporan tepat dan keberanian untuk menamakan pihak yang bertanggungjawab.
02:29Kerana bila mereka yang berpengaruh menyebabkan ramai jatuh sakit,
02:33accountability tak sepatutnya dipinggirkan.
02:36Sebaliknya, ia patut jadi penanda aras untuk setiap dapur,
02:41setiap tempat dan setiap rakyat Malaysia.
02:44Laporan lanjut, baca artikel tulisan Frankie D. Cruz
02:49When Big Names Get Sick, Who Gets Held Accountable?
02:53Hanya di FMT.
Comments