00:00Bersatu bakal berdepan cabaran besar apabila bertanding menggunakan lambang sendiri buat kali pertama pada PRN Negeri Sembilan, kata penganalisis.
00:11Taufik Yaakob dari Universiti Melayu berkata, Negeri Sembilan bukan kubu kuat bersatu kerana parti itu hanya menang dua kerusi pada
00:19PRN 2023.
00:20Namun katanya penggunaan lambang sendiri boleh membantu bersatu membina identiti dan mengurangkan persepsi terlalu bergantung kepada PAS.
00:30Menurut Taufik, langkah itu tetap perlu disokong dengan calon, dasar dan mesej yang lebih inklusif jika mahu menarik sokongan pengundi
00:40sederhana serta bukan Melayu.
00:43Sementara itu, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Asia Consulting berkata penggunaan lambang sendiri juga dilihat sebagai usaha bersatu keluar
00:53daripada dominasi naratif PAS.
00:56Namun katanya bersatu masih berdepan cabaran dari segi jentera, sumber dan sokongan akar umbi.
01:04Fellow Akademi Nusantara Azmi Hassan pula berpandangan keputusan itu memberi bersatu lebih fleksibiliti
01:11untuk menentukan jumlah kerusi yang mahu ditandingi tanpa lagi terikat dengan pembahagian kerusi di bawah lambang Perikatan Nasional.
01:20Zaharul Alam Yahya Syahir, FMT
01:23Terima kasih telah menonton!
01:23Terima kasih telah menonton!
01:24Terima kasih telah menonton!
01:24Terima kasih.
Comments