Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
White House memaklumkan bahawa Iran masih meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat dan menunjukkan keinginan untuk mencapai persetujuan baharu, meskipun ketegangan antara kedua-dua negara terus meningkat. Washington mendakwa Tehran melanggar memorandum persefahaman yang dipersetujui, termasuk berkaitan keselamatan pelayaran di Selat Hormuz, sehingga mencetuskan siri serangan terbaharu dan mengancam gencatan senjata yang dicapai sebelum ini.
Transcript
00:00White House memaklumkan di sebalik ketegangan yang semakin meningkat disebabkan serangan demi serangan, Iran masih meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat
00:09dan menunjukkan minat untuk mencapai satu perjanjian dengan Washington.
00:13Juru cakap White House Karen Leavitt turut mendedahkan serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat beberapa hari lalu berpunca daripada tindakan
00:22Tehran yang didakwa melanggar memorandum persefahaman yang dipersetujui antara kedua-dua negara.
00:30Antara lain, syarat utama dalam memorandum berkenaan ialah Iran tidak dibenarkan menyerang kapal-kapal komersial yang melalui selak hormus.
00:38Bagaimanapun, Iran telah mengambil keputusan untuk melanggar syarat tersebut dengan melancarkan serangan terhadap laluan perkapalan berkenaan.
00:46Leavitt menegaskan bahawa selak hormus perlu kekal dibuka kepada kapal-kapal yang tidak berlayar atau dari pelabuhan Iran.
00:54Tambahnya, tentera laut Amerika Syarikat akan terus berada di kawasan tersebut bagi memastikan keselamatan pelayaran dan kelanjaran pergerakan kapal-kapal
01:03komersial.
01:04Dalam perkembangan berkaitan, Iran dan Amerika Syarikat terus saling melancarkan serangan sekaligus menambahkan ketegangan yang berlarutan sejak seminggu lalu.
01:12Situasi itu dilihat hampir meranapkan sepenuhnya kenjatan senjata yang dicapai pada bulan lalu.
01:20Namun, pembebasan seorang warga Amerika Syarikat oleh Iran dilihat membuka ruang kepada usaha diplomatik yang berpotensi mengelakkan tercetusnya kembali konflik
01:29antara kedua-dua negara.
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended