Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Misteri kehilangan Nurjilya Abdullah, 11, terungkai apabila mayatnya ditemukan berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Numbak, Sepanggar. Polis menahan dua lelaki dan menyiasat kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Transcript
00:00Misri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sejak 13 Julai lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan dalam keadaan reput
00:10berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan di kawasan Cerun Semak Beluka di atas bukit kampung Numbak Sepangga pada kabin semalam.
00:18Mangsa Nurjilia Abdullah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di kampung berkenaan dan dipercayai menjadi mangsa bunuh.
00:28Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supertenden Syed Lok Syed A.B. Rahman berkata polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat
00:35mangsa daripada orang awam pada jam 10.38 minit malam.
00:39Beliau berkata hasil pemeriksaan awal pasukan forensik mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan sudah mereput manakala pengecaman identiti dibuat oleh
00:48ibu mangsa berdasarkan pakaian yang dipakai ketika dilaporkan hilang.
00:52Menurut beliau, bedah siasat mendapati punca kematian dipercayai akibat kecederaan pada bahagian muka dan belakang kepala yang disyaki berpunca daripada
01:02hentakan menggunakan objek keras dan tumpul.
01:05Susulan itu, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 39 dan 42 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kandung Keseksaan
01:15kerana membunuh.
01:16Sidelot berkata kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman manakala motif kejadian masih dalam siasatan.
Comments

Recommended