00:00Jabatan Kastam Diraja Malaysia JKDM Sabah mengagalkan jualan menyeludup 100 kg sisik tenggiling dianggarkan bernilai RM1.3 juta.
00:10Rampasan pertama membabitkan sisik tenggiling yang direkodkan JKDM Sabah tahun ini dibuat dalam pemeriksaan berkala di pintu masuk kargo udara
00:19lapangan terbang sandakan pada 6 Julai lalu.
00:24Siasatan awal mendapati sindiket dipercayai membawa sisik tenggiling itu dari kota Kinabalu ke sandakan menggunakan bas ekspres sebelum dihantar ke
00:34kargo udara.
00:35Bagi mengelak dikesan, sisik tenggiling itu disembunyikan di dalam plastik hitam sebelum dimuatkan ke dalam 5 kotak polisterin.
00:43Sindiket membuat peristiharan pada borang kastam nombor 3 iaitu permit memindahkan barang di dalam persekutuan dengan mengistiharkannya sebagai barang dagangan
00:56lain bagi penghantaran domestik dari sandakan ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur.
01:04Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti pihak yang terlibat serta destinasi akhir penghantaran.
01:13Rampasan sisik tenggiling ini sebahagian daripada empat kejayaan operasi penguatkuasaan JKDM sandakan antara 3 Jun hingga 6 Julai lalu melibatkan
01:22nilai keseluruhan RM1.45 juta.
Comments