Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pelarasan ini dibuat susulan tempoh pesawat tidak dapat beroperasi atas sebab teknikal yang melibatkan beberapa pesawat dalam armada ATR72 dan DHC-6 Twin Otter milik AirBorneo.
Transcript
00:00Air Borneo Airways atau Air Borneo mengumumkan pelarasan sementara terhadap kekerapan penerbangan bagi sebilangan kecil laluan terpilih dalam rangkaiannya berkuatkuasa
00:106 Julai 2026 hingga 24 Oktober 2026.
00:15Pelarasan itu dibuat sesulang tempoh pesawat tidak dapat beroperasi atas sebab teknikal yang melibatkan beberapa pesawat dalam armada ATR-72
00:23dan DHC-6 Twin Otter milik Air Borneo.
00:28Dan situasi ini berpunca daripada keperluan penyelenggaraan luar jadual serta kekangan rantaian bekalan global yang berpanjangan yang menjejaskan ketersediaan komponen
00:39kritikal dan alat ganti pesawat.
00:41Kekira 594 penerbangan akan mengalami pelarasan dalam tempoh itu. Penumpang yang terjejas akan ditempatkan semula dalam penerbangan tersedia yang berikutnya
00:51sama ada pada hari yang sama atau hari berikutnya.
00:54Kekira 1,337 penerbangan tambahan pula akan memerlukan perubahan waktu jadual dalam tempoh yang sama.
01:01Secara keseluruhan dianggarkan seramai 4,000 penumpang mungkin mengalami pelarasan jadual akibat langkah itu.
01:08Langkah ini tidak melibatkan sembarang kenaikan tambang bagi laluan yang terjejas.
Comments

Recommended