Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Penggunaan dron berasaskan kecerdasan buatan (AI) berjaya mengurangkan tempoh pengiraan inventori gudang sehingga 92 peratus dan meningkatkan produktiviti operasi sebanyak 56 peratus di pusat logistik DHL Malaysia.
Transcript
00:00Penggunaan drone berasaskan kecerdasan buatan AI berjaya mengurangkan tempoh pengiraan inventori gudang sehingga 92% dan meningkatkan produktiviti operasi sebanyak
00:1156% di pusat logistik DHL Malaysia.
00:15Pengarah urusan DHL Supply Chain Malaysia, Mario Lawrence berkata sistem drone autonomi yang dibangunkan Infinium Robotics itu kini digunakan di
00:26empat pusat operasi DHL di wilayah tengah dan utara Malaysia selain beberapa kemudahan syarikat di Singapura, Australia dan pasaran Asia
00:35Pasifik lain.
00:38Lawrence berkata sistem perkenaan menggunakan drone berkamera canggih dan robot mudah alih untuk mengimbas inventori secara automatik sebelum data disemak
00:47terus dengan sistem pengurusan gudang WMS bagi mengesan sebarang perbezaan.
00:52Penggunaan sistem itu berjaya mencapai ketepatan pengiraan inventori 100% mengimbas kira-kira 2,000 lokasi dalam tempoh 8 jam
01:01dan mengurangkan masa pengiraan inventori daripada 84 jam kepada 6 jam di salah satu gudang operasi DHL.
01:09Sementara itu pengasas dan ketua pegawai eksekutif Infinium Robotics, John Woon berkata automasi bukan sahaja mempercepat proses kerja malah membantu
01:18mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja dengan mengurangkan kebergantungan kepada pengiraan inventori secara manual.
01:26Beliau berkata perisian AI Infinium boleh disuaikan mengikut saiz dan keperluan gudang membolehkan lebih banyak syarikat memanfaatkan automasi tanpa melukan
01:37operasi berskala besar.
01:39Terima kasih.
Comments

Recommended