Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Filem pendek Arkitek Bangsa diterbitkan bagi menyemai nilai kepimpinan, patriotisme dan jati diri dalam kalangan generasi muda sebagai persediaan melahirkan pemimpin negara pada masa hadapan
Transcript
00:00Penerapan nilai kepimpinan dan semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda terus diberi penekanan menerusi penerbitan filem pendek Arkitek Bangsa.
00:11Yang dipertua Dewa Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata, golongan muda perlu berbangga dengan identiti sebagai rakyat Malaysia serta bercita
00:20-cita menjadi pemimpin, bukannya sekadar pengikut.
00:23Katanya kepimpinan bukan sesuatu yang diwarisi sejak lahir, sebaliknya perlu dibentuk melalui penedahan, bimbingan dan latihan berterusan.
00:33Penerbitan itu melengkapi beberapa inisiatif parlimen berkaitan pembangunan belia termasuk program sekolah parlimen yang telah membawa 1,057 sekolah ke
00:42parlimen bagi memberi penedahan mengenai sistem demokrasi dan proses perundangan negara.
00:47Johari berkata parlimen turut memainkan peranan dalam program latihan hikmat negara PLKN menerusi jawatan kuasa pilihan khas.
00:55Selain memperkukuh parlimen belia dengan menambah keahlian daripada 100 kepada 222 orang serta memperkenalkan sistem pemilihan perwakilan berkadar.
01:05Beliau berkata demikian selepas menghadiri tayangan khas video Arkitek Bangsa di bangunan parlimen pada Khamis.
Comments

Recommended