00:00Institut Demokrasi dan Halewal Ekonomi Ideas menggesa kerajaan menambah baik rang undang-undang RUU Kumpulan Wang Amanah Negara Kuan 2026
00:09dengan memperkukuh aspek tabir urus, ketelusan dan pemantauan Parlimen.
00:14Ideas dalam kenyataan media pada Khamis berkata,
00:17walaupun RUU itu membawa beberapa pembaharuan termasuk mewajibkan sumbangan kepada Kuan dan memperluaskan skop pelaburan,
00:26masih terdapat ruang untuk menambah baik mekanisme semak dan imbang.
00:32Menurutnya, ini kerana beberapa kuasa penting masih tertumpu kepada Menteri Kewangan.
00:38Justru, Parlimen perlu diberi peranan lebih besar dalam memantau pengurusan Kuan.
00:43Antaranya melalui pembentangan laporan tahunan, penyata kewangan beraudit dan prestasi pelaburan secara berkala
00:49bagi memastikan pengurusan dana negara lebih telus dan ber-accountabiliti.
00:54Badan pemikir itu juga mencadangkan proses pelantikan lembaga pengarah dibuat secara lebih telus dan berasaskan merit.