Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kerajaan berdepan cabaran baharu dalam menangani penularan ajaran sesat apabila penyebaran fahaman menyeleweng kini semakin beralih ke platform digital termasuk media sosial dan aplikasi mesej tertutup.
Transcript
00:00Kerajaan berdepan cabaran baharu dalam menangani penularan ajaran sesat apabila ia kini beralih ke platform media sosial.
00:09Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ihwal Agama, Zulkifli Hassan berkata,
00:13antara cabaran utama ialah kumpulan tertentu yang bergerak secara tertutup dengan berselindung sebalik aktiviti pembangunan kendiri, kebajikan, rawatan alternatif dan
00:26pengajian agama tidak formal.
00:28Peralihan kealamayaan ini secara tidak langsung telah menyukarkan usaha pengesanan awal oleh agensi pengakuasaan memandangkan daya digital sebegini bergerak bebas
00:39melangkaui sempadan geografi.
00:42Selain itu terdapat kumpulan tertentu yang beroperasi secara tertutup dan berselindung di sebalik program lain seperti pembangunan kendiri, aktiviti, kebajikan,
00:53rawatan alternatif serta pengajian agama tidak formal bagi menarik dan mempengaruhi masyarakat.
00:58Malah sesetengah fahaman ini tidak lagi tampil dalam bentuk ajaran agama yang jelas sebaliknya berlatarkan dengan elemen motivasi, kerohanian, psikologi,
01:09teori konspirasi atau pengaruh tokoh tertentu yang boleh mengelirukan masyarakat.
01:14Sepanjang tahun 2025 hingga pertengahan 2026, beberapa tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan termasuk tangkapan 288 individu.
01:25Daripada Jemaah Ahmadiyah Qadiani di Sabah pada 31 Mei 2026 serta Serubuan Markas Syiah di Petaling Jaya pada 27 Jun
01:342026 yang membawa kepada penahanan 226 warga asing.
Comments

Recommended