00:00Kumpulan Wang Persaraan atau KWAP diperdaya untuk melabur hampir RM200 juta
00:06dalam syarikat aquaculture Indonesia, E-Fishery, yang disifatkan sebagai penipuan terancang.
00:14Melalui jawapan bertulis kepada pertanyaan Wong Chen di Dewan Rakyat,
00:18Menteri Keuangan Anwar Ibrahim berkata pelaburan itu telah melalui proses takbir urus,
00:24penilaian dan usaha wajar termasuk pengesahan penyata keuangan oleh juru audit antarbangsa sebelum diluluskan.
00:32Bagaimanapun katanya pengurusan E-Fishery didapati memanipulasi laporan keuangan
00:38sehingga turut menyebabkan beberapa pelabur antarbangsa seperti Tumasik Holdings,
00:44North Star Group dan Softbank Group mengalami kerugian.
00:48Anwar berkata konsultium pelabur termasuk KWAP kini sedang berusaha mendapatkan semula dana yang hilang
00:56serta telah membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas penipuan itu terbongkar.
01:01Beliau berkata KWAP turut menjalankan semakan menyeluruh terhadap proses penilaian,
01:08kelulusan dan pemantauan pelaburannya,
01:10selain mengambil tindakan susulan selaras dengan prinsip takbir urus dan accountability institusi.
01:18Zahrul Alam, Yaya Syahir, FMT
Comments