Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
MTEN arah MITI dan Kementerian Ekonomi teliti cadangan industri plastik bagi menangani kenaikan kos bahan mentah dan risiko rantaian bekalan global.
Transcript
00:00Kerajaan akan meliti cadangan yang dikemukakan Persatuan Petilang Plastik Malaysia ataupun MPMA bagi membantu industri berdepan tekanan rantaian bekalan global
00:10dan juga kenaikan kos bahan mentah.
00:13Menurut Menteri Ekonomi, Dato' Akman Nasrullah Muhammad Nasir berkata, kerajaan mengambil serius isu yang dihadapi industri plastik memandangkan sektor itu
00:21mainkan peranan penting dalam menyokong pelbagai industri utama negara.
00:27Menurut beliau, Majlis Tindakan Ekonomi Negara M10 telah mengambil maklum beberapa cadangan daripada pihak industri termasuk isu berkaitan struktur kos
00:36dan daya saing yang dihadapi penghilang hiliran khususnya perbezaan kos bahan mentah berbanding negara pesaing.
00:43Akmal berkata industri plastik merupakan industri sokongan penting kepada sektor pembungkusan, elektrik dan elektronik E&E, otomotif, peranti perubatan, pembinaan
00:53serta pertanian.
00:54Katanya industri tersebut mencatat nilai jualan sebanyak RM62.69 bilion pada 2025 berbanding RM64.78 bilion pada tahun sebelumnya.
01:06Dalam masa sama, beliau berkata cadangan pelaksanaan Extended Producer Responsibility EPR secara sukarela turut akan diteliti dengan mengambil kira implikasi
01:16kos, kapasiti perusahaan kecil dan sederhana PKS serta kesiapsagaan infrastruktur kita semula negara.
01:24Ujannya, ekonomi kitaran berpotensi meningkatkan penggunaan bahan kitar semula, mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah import serta memperkukuh daya tahan rantaian
01:34bekalan domestik terhadap kejutan geopolitik.
01:37Sementara itu, Akmal turut berkata, inflasi negara kekal terkawal pada kadar 2% pada Mei 2026 berbanding 1.9%
01:46pada April.
01:47Beliau turut memaklumkan prestasi perdagangan Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 meningkat 18.3% kepada hampir RM1.5
01:58triliun
01:59dengan ekspor berkembang 24.3% kepada RM793.8 bilion, manakala import meningkat 11.8% kepada RM661.1 bilion.
Comments

Recommended