00:00Tiga kerusi, adakah kita mempunyai keputusan untuk yang seterusnya?
00:02Keputusan tidak rasmi setakat jam berapa ini?
00:03Setakat jam 5.16 petang Johor Jaya.
00:07Kerusi yang juga menyaksikan pertembungan empat penjuru juga.
00:11Kerusi kedua setakat ini yang didahului oleh PH.
00:14Kerusi ini juga adalah kerusi kubu kuat PH.
00:16Dimenangi sepanjang dua PRN lepas oleh Liao Chaitung.
00:20Daripada Pakatan Harapan, majoriti agak besar.
00:23Hampir 16,000 pada PRN 2018.
00:25Kecil majoritinya pada PRN 2022.
00:27Kurang 2,000 tapi setakat ini calon PH mendahului.
00:30Dengan hampir 100 undi dikumpul.
00:3398, tak salah saya je.
00:3498 meninggalkan pesaing terdekat daripada BN.
00:37Chan San San, 67 undi.
00:39Calon bebas, Lim Hui Piao atau HP Lim masih lagi gagal mengumpul undi.
00:42Setakat jam 5.16 petang ini.
00:44Dan Lau Yi Leong juga gagal mengumpul undi.
00:47Bersama, bukan satu permulaannya.
00:49Agak merangsangkan walaupun masih lagi agak awal.
00:52Ya, ini satu lagi kerusi yang agak panas.
00:54setulang N45, Andrew Chan berjaya mengekalkan lead beliau.
00:5967 di N45 meninggalkan Bong Sangheng daripada Barisan Nasional dengan 56 kerusi.
01:07Kerusi setulang ini adalah juga kerusi kubu.
01:09Kenapa saya kata mengekalkan?
01:10Kerana Andrew Chan adalah penyandangnya untuk sekurang-kurangnya 2 PRN yang lepas beliau menangi kerusi ini.
01:16dan beliau ingin mempertahankan kerusi ini dan membuka.
01:19Dengan langkah yang positif, setakat ini berjaya mengetuai ataupun mendahului dengan 67 undi.
01:25Setakat ini, dua atau tiga keputusan awal PH berjaya mendahului.
01:30Bagaimana pula dengan Perling?
01:31Tapi Perling, BM mendahului.
01:32Dengan 87 undi yang dikumpul setakat ini, oleh Panir Selvam, Palisigna meninggalkan agak signifikan setakat ini.
01:39Alan T di tempat kedua dengan 23 undi.
01:42Dan Bu Wehan calon bersama dalam pertemuan tiga penjuru N46.
01:46Bu Wehan masih lagi gagal mengumpul undi.
01:49Dua kerusi yang ditandingkan bersama setakat ini masih lagi belum berjaya mengumpul undi.
01:53Tapi sudah tentu, ini adalah keputusan yang tidak rasmi.
01:56Banyak boleh berubah apabila semakin banyak undi dikira.
01:59Sekarang ini hanya segelintir sahaja, segelintir tipis yang sudah pun dikira.
02:03Apapun, kita akan tunggu untuk lihat untuk Perling.
02:05Dan kita ada keputusan yang tidak rasmi untuk kerusi terakhir setakat ini.
02:08Apakah kerusi itu?
02:10Kerusi sekudai, kerusi yang agak panas.
02:12Kerusi yang baru-baru ini mengundang beberapa headline berita kerana bekas adunnya meletakkan jawatan.
02:17Tapi apapun, BN mendahului di sini.
02:19Tan Hyang Ki mengumpul hampir 100 undi.
02:22kerusi ini juga adalah kerusi kuat PH dimenangi sekurang-kurangnya sejak dua PRN yang lepas.
02:28Dimenangi dengan majoriti 35,000 undi pada PRN 2018.
02:32Kemudian 14 ataupun hampir 14,000 undi pada PRN 2022 oleh Marina Ibrahim.
02:38Tapi kali ini, BN mendahului mungkin adakah PH bakal ataupun BN bakal menyaksikan,
02:45mencatatkan kejutan di kerusi kubur kuat PH ini di sekudai.
02:49Masih lagi awal, 5.21 petang.
02:52Itu adalah beberapa keputusan tidak rasmi setakat ini.