00:00Set XR juga cukup menarik dan juga cantik menemani Luqman Haris
00:06dan ada data-data termasuk juga banyak yang kita nak bincangkan
00:11serta angka tidak rasmi dan angka rasmi juga akan dibawakan oleh Luqman Haris di set XR kita. Luqman
00:19Ya Haris, itu yang paling kita nantikan di sini kita akan bawakan kepada anda semua keputusan
00:25sama ada rasmi ataupun tidak rasmi sejurus selepas kami mula menerimanya
00:29keputusan tidak rasmi Haris kita jangka akan terima bila-bila masa sahaja lagi
00:32untuk kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri dan banyak yang kita setelahpun bincangkan
00:37banyak yang kita akan terus bincangkan selepas ini banyak untuk kita kupas
00:40daripada manifesto kepada calon kepada faktor parti gabungan dan sebagainya
00:45tetapi untuk kita lihat gambaran yang lebih besar sebelum kita teruskan perbincangan kita Haris
00:49untuk kita imbas kembali dan juga kita take stock berkenaan dengan semua parti
00:53semua gabungan atau pihak yang bertanding dalam PRN Johor 2026 ini
00:58ini adalah kesemua yang mempertandingkan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri
01:04jumlah calonnya 172 dan hanya dua kumpulan, dua gergasi sahaja yang bertanding
01:09di semua 56 kerusi, biru dan juga merah PH dan juga barisan nasional
01:15tetapi mungkin ada wild cards yang mungkin akan memberikan sedikit
01:19menyuntik sedikit drama kepada PRN pada kali ini
01:21antaranya sudah tentu bersama Parti Kancil yang bertanding bilangan kerusi yang agak berani
01:27untuk kali pertama 15 kerusi daripada 56 kerusi dan sudah tentu muda
01:31walaupun PRN Johor 2022 mereka bertanding dan menang satu kerusi di Puteri Wangsa
01:35tetapi masih lagi agak newcomer, muda bertanding di empat kerusi
01:39sudah tentu ingin juga mempertahankan Puteri Wangsa
01:42walaupun penyandangnya memilih untuk tidak bertanding dan memberikan tampuk kepada Rashifa Al-Junid
01:47itu antara kerusi panas di kawasan urban di Johor
01:51tidak ketinggalan seorang calon daripada Parti Asli dan juga Parti PSM
01:56seorang masing-masing dan bebas ada enam orang calon
02:01keseluruhannya 172 orang calon 56 kerusi
02:05dan sudah tentu seperti yang kita kongsikan sebentar tadi
02:07pilihan raya negeri pada kali ini sering dianggap atau digelar
02:11dipasarkan sebagai pertemuan antara dua gergasi PH dan juga BN
02:16sudah tentu naratif ataupun matlamat utama PH adalah untuk menggoncang sedikit dominasi barisan nasional
02:22kali pertama ataupun satu-satunya kali yang mereka berjaya berbuat demikian adalah
02:26sewaktu tsunami 2018 apabila ketika itu BN kalah di peringkat persekutuan dan juga di peringkat negeri
02:32sebelum itu dan selepas itu pada PRN tahun 2022 BN kembali merampas dengan agak dominan 40 kerusi
02:38dan sasaran BN adalah untuk sekurang-kurangnya mengekalkan 40 kerusi itu
02:42jika tidak meningkatkannya lebih lagi daripada 40 daripada keseluruhan 56 kerusi
02:47untuk memperoleh majoriti 2 per 3
02:49bukan sekadar menjangkaui angka majoriti mudah 29 kerusi
02:54untuk membentuk kerajaan negeri yang seterusnya untuk 5 tahun akan datang
Comments