00:00Seterusnya, Balai Raya Pulau Besar menjadi pusat mengundi pertama ditutup bagi pilihan raya negeri PRN Johor hari ini.
00:07Pegawai pengurus pilihan raya Dewan Undangan Negeri Dun Tenggaruh, Jamil Hasni Abdullah berkata,
00:13pusat mengundi Balai Raya Pulau Besar ditutup pada jam 11 pagi selepas dibuka selama 3 jam untuk proses pengundian.
00:21Pusat mengundi itu melibatkan satu saluran dengan 32 pengundi berdaftar.
00:26Beliau berkata, pusat mengundi di Balai Raya Pulau Aung dan Sekolah Kebangsaan Pulau Pemanggil pula ditutup pada 12 tengah hari,
00:34manakala Balai Raya Pulau Sibu serta SK Pulau Tinggi ditutup pada 2 petang.
00:39Kesemua pusat mengundi di 5 pulau berkenaan melibatkan seramai 690 pengundi berdaftar.
00:44Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya melaporkan 42.16% atau 1.130.980 pengundi daripada lebih 2.6 juta pengundi
00:58telah menunaikan tanggungjawab mengundi setakat 1 tengah hari.
01:02Proses pengundian PRN Johor dijadualkan berlangsung sehingga 6 petang ini.
01:07Terima kasih kerana menonton!
Comments