Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Data terkini menunjukkan 912 individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah (DUI) sehingga 31 Mei lalu, dengan 48 kemalangan maut direkodkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.
Transcript
00:00Kerajaan digesa melaksanakan pendekatan lebih drastik dan menyeluruh termasuk merampas serta melucut hak milik kenderaan individu disabitkan kesalahan memandu di
00:11bawah pengaruh DUI alkohol atau dadah.
00:15Gesahan itu dibuat susulan pendedahan data terbaru oleh Menteri Pengangkutan Anthony Luke di Dewan Rakyat yang disifatkan sebagai isyarat amaran
00:22kecemasan terhadap tahap keselamatan jalan raya di negara ini.
00:29Bekas Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Miros Syahrim Tamrim berkata sebanyak 48 kes kemalangan maut akibat
00:39DUI direkodkan dalam tempoh 5 bulan pertama tahun ini setakat 31 Mei 2026 sekaligus menyamai jumlah keseluruhan kes maut sepanjang
00:50tahun 2023.
00:51Beliau berkata walaupun angka tangkapan menunjukkan tren penurunan drastik iaitu daripada 3,299 kes pada 2023 kepada 2,468 pada
01:042024 dan 1,820 pada 2025 ia bukanlah petanda jalan raya semakin selamat.
01:11Tambah beliau dalam kenyataan secara logiknya penurunan tangkapan sepatutnya mencerminkan jalan raya yang lebih selamat namun apa yang berlaku adalah
01:20sebaliknya.
01:21Jelas beliau ini adalah petunjuk jelas bahawa penguatkuasaan semakin longgar di lapangan manakala risiko terhadap nyawa rakyat kekal tinggi.
01:30Sehubungan itu Syahrir mengulangi desakan agar kerajaan memindah Akta Pengangkutan Jalan 1987 APJ 1987 dengan mengambil acuan tegas mencetuhi model
01:42Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010.
01:46Menurutnya di bawah APAD 2010, Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ mempunyai kuasa mutlak untuk menyita dan melucuk hak bilik lori komersial
01:56yang melanggar peraturan muatan dengan 465 kenderaan telah dirampas secara kekal pada tahun lalu.
Comments

Recommended