00:00Polis telah menerima 90 laporan yang melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh berkempen pilihan raya negeri PRN Johor yang ke-16.
00:08Dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, daripada jumlah itu 25 kertas siasatan dibuka dan kebanyakannya melibatkan
00:16kesalahan kecil seperti tindakan mencabut atau merosakkan bendera serta perkara berkaitan pilihan raya.
00:24Jelasnya beliau yakin kes-kes berkenaan tidak akan menimbulkan keresahan atau ketegangan dalam kalangan pengundi dan petugas pilihan raya.
00:32Beliau berkata demikian ketika meninjau proses pengundian di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Moleh.
00:39Mohd Khalid turut memaklumkan seramai 5,600 anggota dan pegawai polis dari luar Johor digerakkan bagi membantu operasi keselamatan menjadikan
00:49jumlah keseluruhan anggota bertugas seramai 14,000 orang.
00:53Pasukan itu bertanggungjawab memastikan keselamatan, kelancaran proses pengundian serta kawalan lalu lintas di semua pusat mengundi.
01:01Beliau menegaskan setakat ini keadaan di semua lokasi berjalan dengan baik dan lancar manakala PDRM akan terus memastikan keamanan serta
01:11ketenteraan awam terpelihara.
Comments