00:00Baik kita beralih ke perkembangan antarabangsa, Presiden Lubnan Joseph Aoun menegaskan beliau akan kekal dengan pendirian untuk meneruskan rundingan bersama
00:09Israel walaupun menerima kritikan daripada pejuang Hezbollah dan beberapa pemimpin politik di negara itu.
00:15Menurut beliau, rundingan yang sedang diusahakan itu bertujuan mengembalikan hak Lubnan melalui saluran diplomatik.
00:25Ketegasan itu disuarakan Aoun di sebalik berdepan kritikan daripada pejuang Hezbollah dan beberapa pihak politik di negara berkenaan.
00:33Katanya rakyat Lubnan tidak seharusnya menanggung kesan konflik yang tercetus demi kepentingan pihak luar.
00:40Beliau turut mempertahankan pendekatan rundingan secara langsung bersama Israel dengan menegaskan Lubnan pernah mengadakan rundingan sedemikian sebelum ini termasuk pada
00:50tahun 1949.
00:52Bagaimanapun, Hezbollah dan beberapa tokoh politik Lubnan berpendapat rundingan itu hanya akan menguntungkan Israel.
00:59Pada 27 Jun lalu, Lubnan dan Israel menandatangani satu perjanjian rangka kerja tajaan Amerika Syarikat yang memperuntukkan pengunduran berperingkat tentera
01:09Israel dari wilayah Lubnan.
01:12Israel sehingga kini dilaporkan masih meneruskan operasi ketenteraan dan mengekalkan tenteranya di beberapa kawasan selatan Lubnan.
Comments