00:00Apple memfalkan saman terhadap OpenAI dan dua bekas pekerjanya atas dawaan menyalahgunakan rahsia dagangan syarikat bagi menyokong pembangunan perkakasan kecerdasan
00:10buatan AI.
00:11Saman yang difalkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi daerah utara California itu mendakwa berlaku usaha tersusun untuk mendapatkan maklumat
00:20sulit Apple termasuk reka bentuk produk, proses pembuatan dan strategi rantaian bekalan.
00:27Turut dinamakan dalam saman itu ialah bekas jurutera kanan sistem elektrik Apple, Chang Liu, bekas naik presiden reka bentuk produk
00:35iPhone dan Apple Watch, Tang Yu Tan, selain OpenAI Foundation, OpenAI Group PBC dan IO Products.
00:43Apple mendakwa Chang gagal memulangkan komputer riba milik syarikat dan kemudian menggunakan kelemahan sistem pengesahan untuk mengakses semula rangkaian dalaman
00:52Apple sebelum memuat turun puluhan fail sulit berkaitan perkakasan.
00:57Syarikat itu turun mendakwa Tang secara sistematik menggunakan maklumat sulit Apple untuk memberi manfaat kepada OpenAI termasuk mengantar kepada dirinya
01:05sendiri maklumat berkaitan pembekal Apple dan ringkasan industri sebelum meninggalkan syarikat.
01:11OpenAI belum mengeluarkan sebarang kenyataan sebagai maklum balas terhadap tindakan undang-undang tersebut.
01:18Kes itu dilihat meningkatkan lagi ketegangan antara Apple dan OpenAI ketika persaingan dalam pembangunan AI semakin sengit khususnya dalam usaha
01:26menghasilkan peranti AI untuk pengguna.
Comments