00:00Perkeso membuka opsi pengecualian skim lindung 24 jam mulai Isnin ini, susulan keputusan kerajaan untuk menjadikan pelaksanaan skim itu, secara
00:09sukarela, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Mohd Azman Aziz Mohd berkata, pencarum yang memilih untuk keluar daripada skim
00:17berkenaan perlu mengisi borang perakuan pelepasan liability untuk mengesahkan keputusan mereka.
00:23Menurutnya perakuan pelepasan liability diperlukan bagi memastikan keputusan pencarum direkodkan secara jelas
00:31Siapa yang ingin keluar daripada skim ini perlu mengisi borang yang kita anggap sebagai perakuan pelepasan liability
00:43Sebab kita tak nak lepas ini jika berlaku kemalangan kematian, tindakan diambil kepada pekeso ataupun kepada majikan di mana sebenarnya
00:54mereka layak untuk mendapat perlindungan
00:58Tetapi jika mereka memilih untuk tidak, jadi bila ada perakuan pelepasan liability ini, pekeso ataupun majikan tidak akan bertanggungjawab
01:09Beliau berkata demikian dalam sidang media lindung 24 jam di Menara Perkeso pada Jumaat
01:15Dalam pada itu, Perkeso setakat ini menerima 27 tuntutan harian di bawah skim lindung 24 jam dengan hampir RM2 juta
01:23faedah sudah diberikan
01:25Setakat ini, secara harian kita menerima 29 tuntutan skim lindung 24 jam
01:34Dan saya ingin kongsikan bahawa kita telah belanjakan hampir RM2 juta
01:40Nampak sikit kononnya caruman yang kita terima banyak, bayaran sikit
01:44Ini bayaran yang perlu dibayar secara terus
01:48Contohnya rawatan hospital, pembelian implan pembedahan dan mungkin bayaran cuti sakit
01:55Tetapi harus kita ingat, bayaran jangka panjang yang akan dibayar selepas mereka tamat MC
02:02Mengulas lanjut, beliau tidak menolak kemungkinan perubahan dasar lindung 24 jam memberi kesan terhadap kemampanan dana dan keberkesanan pendaluran faedah
02:12dalam jangka panjang
02:13Sesudahan itu, Perkeso akan menyemak semula mekanisme pelaksanaan skim berkenaan bersama Kementerian Sumber Manusia Kesuma menjelang hujung tahun ini
02:22Untuk makluman, pekerja yang tidak mahu menyertai lindung 24 jam boleh mengisi borang perakuan pelepasan liabiliti yang akan tersedia di
02:31laman sesawang Perkeso mulai ISNIN ini
02:33Mereka kemudian perlu memaklumkan keputusan itu kepada bahagian sumber manusia tempat kerja untuk tindakan lanjut
02:39Bagi mengelak sebarang implikasi perundangan di bawah Akta Keselamatan Sosial Bekerja 1969 Akta 4 sekiranya berlaku kemalangan di luar waktu
02:48kerja
02:49Bagaimanapun, pencarum masih boleh menyertai semula skim itu pada bila-bila masa jika diperlukan
Comments