Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
SPRM membekukan 14 akaun bank membabitkan kira-kira RM1.1 juta serta menyita pelbagai aset bernilai sekitar RM2.5 juta susulan siasatan terhadap sindiket yang dipercayai melibatkan pegawai penguat kuasa, penjawat awam, orang awam dan warga asing.
Transcript
00:00Sebanyak 14 akaun bank membabitkan kira-kira 1.1 juta ringgit dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM,
00:09manakala pelbagai aset bernilai sekitar 2.5 juta ringgit disita.
00:15Tindakan itu selepas siasatan terhadap sindiket yang dipercayai melibatkan pegawai penguatkuasa, penjawat awam, orang awam dan warga asing.
00:25Menurut sumber, akaun yang dibekukan terdiri daripada 5 akaun syarikat dan 9 akaun milik individu.
00:32Selain itu, sitaan dibuat hasil operasi bersepadu yang dijalankan pada Rabu lalu oleh bahagian perisikan SPRM bersama SPRM Wilayah Persekutuan
00:41Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
00:45Siasatan melibatkan 33 individu yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959, Palang 63.
00:54Ini termasuk warga asing yang berada di Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah serta menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja.
01:01Antara aset yang disita ialah wang tunai RM393,150, wang Indonesia berjumlah RM18 juta atau kira-kira RM4,050, 10
01:13kereta mewah dan 3 motosikal dianggarkan bernilai RM1.8 juta.
01:19Seterusnya, 14 keping emas, 80 barangan kemas, 3 jam tangan mewah, sebuah beg tangan mewah serta 17 telefon bimbit.
01:29Tambah sumber sehingga kini SPRM telah membuka 9 kertas siasatan dan tindakan pembekuan akaun serta sitaan dilakukan ke atas syarikat
01:36dan individu yang dipercayai terlibat.
01:39Pada Khamis, SPRM turut menahan seorang lagi pegawai penguatkuasa di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan, bagaimanapun beliau dilepaskan
01:48dengan jaminan SPRM.
01:50Pada Rabu, SPRM menahan seramai 38 individu, 33 daripadanya direman bagi membantu siasatan.
01:57Sementara itu, Ketua Peseruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman, mengesahkan perkara berkenaan.
Comments

Recommended