Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Tun Dr Mahathir Mohamad merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengirimkan ucapan serta doa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-101 pada Jumaat.
Transcript
00:00Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengirimkan ucapan serta doa sempena ulang tahun kelahirannya
00:10ke 101 pada Jumaat.
00:13Bernerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya, bekas Perdana Menteri itu mengucapkan terima kasih atas segala ingatan
00:21dan ucapan yang diterima sempena hari bermakna itu.
00:24Saya ingin ucap terima kasih kepada semua yang hantar mesej berkenaan dengan hari kelahiran saya yang ke 101 pada hari
00:43ini.
00:43Jadi 10 hari bulan saya meningkat kepada 101 tahun umur dan saya terima banyak kad-kad happy birthday, selamat hari
01:02jadi dan saya ingin ucap terima kasih kepada semua. Terima kasih.
01:08Dr. Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 di kampung Seberang Perak, Alustah, Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia
01:18yang keempat serta ketujuh.
01:20Isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Muhammad Ali pula dijadual menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 100 pada Sabtu.
01:27Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga lebih 70 tahun itu dikurniakan tujuh orang cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mozaini,
01:37Mukris, Maizura dan Mazhar.
01:39Dr. Mahathir mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri paling lama berkhidmat apabila menerajui pentadbiran negara selama 22 tahun bermula 16 Julai
01:491981.
Comments

Recommended