Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Johor, esok mampu mencecah kira-kira 70 peratus didorong minat yang tinggi rakyat untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi.
Transcript
00:00Baik sehari sebelum hari pengundian, 11 Julai 2026 untuk pilihan raya negeri Johor dan ini angka yang anda perlu tahu
00:06yang dikongsikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya SPR.
00:10Mereka menjangkakan peratusan keluar mengundi untuk PRN kali ini esok mampu mencecah 70%. Ini agak tinggi khasnya untuk peringkat negeri.
00:18Kata SPR ia didorong oleh minat yang tinggi rakyat untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi.
00:24Pengurusi SPR berkata unjuran itu dibuat berdasarkan sambutan sepanjang tempoh berkempen yang menunjukkan keterujaan orang ramai untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
00:34Dan beliau menambah kira-kira 2.7 juta pengundi layak mengundi dalam PRN kali ini melibatkan hampir 1,080 pusat
00:41pengundi dan juga hampir 5,000 iaitu 4,889 saluran di seluruh negeri.
00:48Dan proses pengundian akan mula setiap biasa jam 8 pagi dengan waktu penutupan pusat pengundi mengikut lokasi.
00:56Dan kalau sebahagian besar pusat pengundi akan ditutup pada jam 6 petang.
01:00Ada yang ditutup pada jam 11 pagi iaitu paling awal di pulau besar kira-kira setengah jam dari Mersing pada
01:06jam 12 tengah hari.
01:08Dan ada 2 tempat iaitu di pulau Aur dan juga pulau Manggil.
01:1217 pusat pengundi ditutup pada jam 2 petang, 42 pusat ditutup pada jam 4 petang dan 1,114 pusat ditutup
01:22pada jam 6 petang.
01:24Dan lebih 43,000 petugas telah pun digerakkan untuk mengendalikan proses pengundian dan hampir 25,000 kertas undi pos telah
01:33dikeluarkan dan perlu diterima sebelum jam 6 petang esok.
01:38Itu adalah angkanya yang sudah tentu kami dan Israwan akan terus membawakan kepada anda terkini sepanjang hari.
01:43Dan kempen pilihan raya negeri Johor ke-16 ini bakal melaburkan tirai tepat jam 11.59 malam ini.
Comments

Recommended