Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Jumlah menara tertinggi yang diaktifkan di bawah JENDELA Fasa 1 iaitu sebanyak 109 menara, diikuti oleh Hulu Rajang (59), Julau (46), Kapit (44) dan Selangau (40).
Transcript
00:00Parlimen Baram mencatatkan jumlah menara tertinggi yang diaktifkan di Pelan Jalinan Digital Negara atau Jendela Fasa 1 iaitu sebanyak 109
00:09menara.
00:10Ia diikuti Hulu Rajang 59, Julau 46, Kapit 44 dan Selangau 40.
00:16Kesemua 636 menara ini bagi menyediakan liputan permataan komunikasi yang lebih baik kepada penduduk setempat telah diaktifkan dan beroperasi setepenuhnya
00:27setakat 30 April lepas.
00:30Kementerian Komunikasi menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen berkata walaupun terdapat kelewatan dalam pengaktifan sebahagian kecil menara
00:39komunikasi sebelum ini, namun isu itu telah diselesaikan.
00:43Antaranya cabaran akses ke tapak akibat kerusakan jalan dan cuaca buruk serta keperluan mendapatkan permit daripada pemilik tanah.
00:51Selain itu, kelewatan turut disebabkan penggunaan pengangkutan alternatif seperti bot bagi penghantaran peralatan.
00:58Penyediaan sambungan backhaul gentian optik yang memerlukan kelulusan izin lalu serta penyediaan infrastruktur bekalan kuasa di kawasan yang jauh daripada
01:08grid elektrik.
01:09Kementerian itu memaklumkan demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Baram Datuk Anyingau mengenai jumlah sebenar menara telekomunikasi di bawah projek
01:18jendela yang telah siap dibina secara fizikal tetapi masih belum aktif di kawasan pedalaman sehingga Jun ini, selain punca kelewatan
01:26pengaktifannya.
01:26Selain projek jendela, Sarawak turut melaksanakan inisiatif Smart 600 bagi memperluas liputan perkhidmatan komunikasi di seluruh negeri dengan kesemua 600
01:38menara komunikasi di bawah inisiatif itu telah siap dibina dan beroperasi termasuk 29 menara yang terletak di Parlimen Baram.
01:46Usaha ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri Sarawak khususnya Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Jabatan Tanah dan Service
01:56Sarawak serta Sarawak Multimedia Authority SMA.
Comments

Recommended