Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kor Pengawal Revolusi Islam Iran mendakwa melancarkan 10 peluru berpandu balistik ke arah kemudahan ketenteraan Amerika Syarikat dan Pangkalan Udara Al-Azraq di Jordan.
Transcript
00:00Kor Pengawal Revolusi Islam Iran IRGC mendakwa telah melancarkan serangan peluru berpandu balistik yang menyasarkan markas pemerintahan dan kawalan AS
00:10di Asia Barat serta pangkalan udara Al-Azraq di Jordan.
00:14Menurut kenyataan IRGC yang disiarkan oleh agensi Britafars, pasukan ero angkasa badan itu melancarkan sebanyak 10 peluru berpandu balistik ke
00:24arah kedua-dua sasaran berkenaan.
00:29IRGC turut mendakwa serangan tersebut berjaya memusnahkan kemudahan yang disasarkan.
00:35Menurut kenyataan itu, jika pencerobohan tentera pengganas Amerika berulang, pangkalan-pangkalan lain di rantau ini tidak akan terlepas daripada berdilan
00:44mereka.
00:45Serangan berkenaan berlaku ketika ketegangan antara Teheran dan Washington terus meningkat, susulan seri serangan balas yang berlaku di rantau Asia
00:53Barat.
00:53Sementara itu, Jordan maklumkan sistem pertahanan udaranya berjaya memintas dan menembak jatuh 8 peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran ke
01:03arah negara tersebut.
01:04Pihak berkuasa Jordan bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut mengenai lokasi sasaran atau sebarang kerasakan akibat insiden berkenaan.
01:13Perkembangan itu menambah lagi kebimbangan antarabangsa terhadap risiko konflik yang lebih luas di rantau Asia Barat, khususnya melibatkan kepentingan ketenteraan
01:21Amerika dan sekutunya.
01:24Terima kasih.
01:26Terima kasih.
01:26Terima kasih.
Comments

Recommended