Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Menteri Besar Johor yang didakwanya tidak menghadiri mesyuarat bersama Kerajaan Persekutuan melibatkan semua Menteri Besar, Premier dan Ketua Menteri bagi membincangkan pembangunan negeri.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Menteri Besar Johor yang didakwa tidak hadir mesyuarat bersama Kerajaan Persekutuan
00:07melibatkan semua Menteri Besar, Premier dan Ketua Menteri bagi membincangkan pembangunan negeri.
00:13Menurut Anwar, mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur dua hari lalu itu dihadiri pemimpin Kerajaan Negeri dari seluruh negara
00:21namun Johor didakwanya tidak memberikan keutamaan kepada pertemuan berkenaan.
00:28Saya mahu sebut, setakat ini saya ada tugas, saya tetap tolong, saya panggil mesyuarat, panggil semua Menteri Besar, Premier
00:42dua hari lalu kita panggil mesyuarat Kuala Lumpur, Premier Sarawak datang, semua Menteri Besar datang, semua Ketua Menteri datang
00:50tapi kadang-kadang Johor dia ingat itu tak penting
00:55banyak kali mesyuarat, satu saja Menteri Besar tak datang
01:01apa pasal
01:05ini masalah kita
01:07kita nak bincang masalah rakyat
01:09bagaimana nak bangunkan
01:13jadi saya harap anak-anak muda ingat
01:18melayu tak rugi
01:21kalau pemimpinnya itu berprinsip
01:23melayu itu rugi kalau pemimpin itu korup
01:26melayu itu rugi kalau pemimpin itu sombong
01:30ada peluang saja sapu
01:32itu rugi
01:33selamat menikmati
01:35terima kasih
01:35selamat menikmati
Comments

Recommended